Projek pembinaan kapal tempur pesisir Malaysia akan disambung semula bulan depan
Anggaran Waktu Membaca:
KOTA KINABALU: Projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) dijangka disambung semula mulai bulan depan, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Abdul Rahman Ayob.
Beliau berkata pembinaan itu diteruskan selepas kontrak tambahan keenam projek tersebut ditandatangani pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Langkawi, Mei lalu.
"Lima kapal LCS akan diserahkan kepada TLDM secara berperingkat dengan kapal pertama dijangka diserahkan pada penghujung 2026," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penutup Eksesais Angkasa dan Samudara (Eksesais ANGSA) Siri 14/23 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar pada Rabu (16 Ogos).
Mengenai projek Kapal Misi Pesisir (LMS), Encik Abdul Rahman berkata ia masih lagi di peringkat mengenal pasti pembina sesuai untuk melaksanakan pembinaan projek itu berdasarkan spesifikasi ditetapkan TLDM.
"Peruntukan telah diberikan, kita mengharapkan kontrak tersebut dapat dimeterai selewat-lewatnya pada tahun ini dan pembinaan dapat dimulakan pada tahun depan dengan jangkaan 36 bulan untuk disiapkan," katanya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.