Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Projek pembinaan kapal tempur pesisir diteruskan, namun perlu diteliti semula, kata Menteri Pertahanan M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Projek pembinaan kapal tempur pesisir diteruskan, namun perlu diteliti semula, kata Menteri Pertahanan M'sia

Menteri Pertahanan Mohamad Hasan menghadiri Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera dan Maktab Turus Angkatan Tentera Tahun 2022 di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PuspaHanas) pada Sabtu (10 Dis). (Gambar: Bernama)

PUTRAJAYA: Projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) akan diteruskan, namun memerlukan penelitian semula, kata Menteri Pertahanan Mohamad Hasan.

Encik Mohamad beliau akan diberikan taklimat berkaitan perkara berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Saya akan mendapatkan taklimat (LCS) berkenaan daripada pihak berkaitan agar saya boleh benar-benar melihat latar belakang dan apa isunya."

“Kita akan pastikan supaya kapal-kapal (LCS) ini dibina. Tiada guna cerita perkara lepas. Yang penting, kerana (LCS) ini merupakan aset strategik bagi ATM (Angkatan Tentera Malaysia),” ujarnya.

Beliau berkata demikian di sidang media selepas menghadiri Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera dan Maktab Turus Angkatan Tentera Tahun 2022 di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PuspaHanas) pada Sabtu (10 Dis).
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan