Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Projek peluasan mataf di Masjidil Haram dinamakan serambi Saudi

Anggaran Waktu Membaca:

MAKKAH: Ketua Presiden Umum bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais mengumumkan pada Ahad (21 Mei) bahawa pihak berkuasa tertinggi Arab Saudi telah memberi kelulusan untuk menamakan Projek Peluasan  Mataf di Masjidil Haram sebagai serambi Saudi, lapor Agensi Media Saudi. 

Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais berkata bahawa serambi Saudi yang mengelilingi serambi Abbasid, menampilkan sebuah kawasan  lebih luas, yang belum pernah dilihat Masjidil Haram sebelum ini, dipetik daripada Saudi Gazette. 

Ia mempunyai empat tingkat terdiri daripada tingkat bawah hingga kawasan bumbung.

Serambi Saudi itu serta kawasan mataf  dapat menampung sehingga kira-kira 287,000 jemaah dan 107,000 jemaah yang bertawaf setiap jam. 

Projek serambi Saudi itu termasuk perluasan mataf di belakang serambi Abbasid, dan kawasan di sekitar Kaabah. 

Beliau menambah bahawa serambi Saudi akan menyediakan ruang lebih luas bagi jemaah selaras dengan piawai kejuruteraan yang tepat dan bermutu tinggi.

Sumber : AGENCIES/SS/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan