Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Projek lapangan terbang baru Mexico City dibatalkan secara rasmi

Kerja membina lapangan terbang baru Mexico City tidak akan diteruskan. Ia sejajar dengan pendirian Presiden baru Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Jan 2019 07:08PM Dikemas Kini : 04 Jan 2019 09:55PM

MEXICO CITY: Kerja membina lapangan terbang baru Mexico City tidak akan diteruskan. Ia sejajar dengan pendirian Presiden baru Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan dan Perhubungan Javier Jimenez Espriu dalam satu sidang media hari ini (4 Jan).

Sebelum menyandang jawatan tersebut bulan lalu, Presiden Lopez Obrador berkata beliau akan membatalkan projek bernilai AS$13 bilion (S$17 bilion) itu.

Menurutnya, projek tersebut dicemari rasuah dan terlalu mahal untuk disenggara.

Jumlah yang perlu dibayar sebagai pampasan kepada para kontraktor yang memenangi tender dalam projek tersebut tidak didedahkan.

Pemerintah Mexico yang lalu menyatakan lapangan terbang tersebut sudah siap sekitar 30 peratus sebelum Encik Lopez Obrador mengumumkan keputusan untuk membatalkannya pada 29 Okt lalu. 

Sumber : Reuters/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan