Projek Laluan Rel Pantai Timur: Kelantan harap keputusan menghentikannya dinilai semula
Kerajaan Kelantan berharap kerajaan Persekutuan dapat menilai semula keputusan menghentikan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat.

ECRL dicadangkan akan mempunyai 23 stesen. (Gambar fail: Malaysia Rail Link)
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berharap kerajaan Persekutuan dapat menilai semula keputusan menghentikan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat.
Timbalan Menteri Besar, Encik Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri melihat projek berkenaan jika dilaksanakan akan memperelokkan lagi hubungan hasil daripada limpahan pembangunan projek tersebut.
"Kalau kos menjadi alasan, mungkin kos itu boleh dibincangkan sebab kita melihat dari segi kesan pembangunan itu yang lebih besar kepada masyarakat terutama bagi masyarakat kita di pantai timur," katanya selepas menghadiri majlis 'Get To Know' anjuran Kuasa Jeneral Thai Mongkol Sinsomboon yang baru bertugas, semalam (28 Jan).
Ditanya sama ada kerajaan negeri akan menghantar surat kepada kerajaan Persekutuan, Encik Mohd Amar berkata, "Kita belum bincang lagi...itu mesti menteri besar la...mungkin dia tengok macam mana…."
Beliau juga berkata kerajaan negeri tidak perlu membuat sebarang kajian kerana projek berkenaan adalah projek kerajaan pusat.
"Kami ni tak boleh apa, cuma jika projek itu dibuat, kita bagi kerjasama kalau dia kata batal...kita tak boleh buat apa…," katanya.
"Pembinaan pelabuhan ini mampu menjadi pemangkin untuk pembangunan jajahan Tumpat dan sebab itu bila ECRL diperkenalkan kita cadangkan supaya landasan kereta api itu sampai ke Pengkalan Kubor, menurutnya lagi.
Bagaimanapun Encik Mohd Amar berkata kerajaan negeri tetap meletakkan pembinaan pelabuhan sebagai cadangan utama untuk membangunkan Tumpat tetapi tidak dapat melakukan apa-apa disebabkan lesen untuk membangun projek mega itu di bawah Kementerian Pengangkutan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.