Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Projek Laluan Rel Pantai Timur akan dilancar semula hari ini

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sebelum ini ditangguhkan, akan dilancarkan semula hari ini (25 Jul) oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di Tapak Terowong Dungun, Rimba Bandar Bukit Bauk.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Jul 2019 02:24PM Dikemas Kini : 25 Jul 2019 11:33PM

DUNGUN: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sebelum ini ditangguhkan, akan dilancarkan semula hari ini (25 Jul) oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di Tapak Terowong Dungun, Rimba Bandar Bukit Bauk.

Majlis pelancaran yang dijadual bermula pukul 11.00 pagi nanti akan turut dihadiri Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Encik Loke sebelum ini dilaporkan berkata pelancaran semula ECRL pada hari ini bakal mewujudkan fungsi dan skop yang lebih besar untuk syarikat tempatan memainkan peranan secara aktif dalam projek tersebut.

Pembinaan projek ECRL yang sudah siap 15 peratus ditangguhkan sejak Julai tahun lepas dan hasil rundingan kerajaan bersama pihak pemaju mengenai kos projek serta aspek pelaksanaannya, Fasa I dan II projek tersebut kini berharga RM44 bilion (S$15 bilion) berbanding RM65.5 bilion (S$22 bilion) sebelum ini.

Projek itu kini bermula dari Kota Bahru melalui Mentakab, Jelebu, Kuala Kelawang, Bangi/Kajang, Putrajaya dan berakhir di Pelabuhan Klang sejauh 648 kilometer, dipendekkan 40 kilometer dari laluan asal sejauh 688 kilometer.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan