Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Projek 'Jurassic Park' Indonesia diteruskan meski diberi amaran oleh UNESCO

Kerja-kerja binaan bagi projek pelancongan Indonesia yang diberi nama jolokan "Jurassic Park" di media sosial akan diteruskan, menurut Kementerian Sekitaran Indonesia pada Khamis (5 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Projek 'Jurassic Park' Indonesia diteruskan meski diberi amaran oleh UNESCO

(Gambar: Kementerian Pelancongan Indonesia)

Diterbitkan : 06 Aug 2021 05:17PM Dikemas Kini : 06 Aug 2021 05:19PM

JAKARTA: Kerja-kerja binaan bagi projek pelancongan Indonesia yang diberi nama jolokan "Jurassic Park" di media sosial akan diteruskan, menurut Kementerian Sekitaran Indonesia pada Khamis (5 Ogos).

Ini meskipun UNESCO memberi amaran projek itu akan menimbulkan kesan negatif terhadap sekitaran.

Beberapa projek pelancongan di Taman Nasional Komodo Indonesia, iaitu sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, dilancarkan tahun lalu.

Kerja-kerja binaan itu mencetuskan keprihatinan terhadap ancaman kepada ekonomi tempatan serta habitat biawak Komodo di sekitar kawasan itu.

Pada bulan lalu, para pegawai daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Budaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) berkata di satu sidang Jawantakuasa Warisan Dunia bahawa satu laporan baru mengenai kesan projek terhadap sekitaran perlu dijalankan ekoran keprihatinan terhadap kegiatan memancing secara haram haram dan kemungkinan risiko terhadap habitat semula jadi biawak Komodo.

"Projek ini akan diteruskan... Ia terbukti tidak menimbulkan sebarang kesan," kata Wiratno, seorang pegawai kanan di kementerian sekitaran Indonesia kepada Reuters.

Pegawai UNESCO dalam mesyuarat pada bulan lalu berkata mereka telah meminta penilaian terkini daripada pemerintah Indonesia namun tidak menerima sebarang jawapan. Wiratno berkata satu penilaian baru sedang dilakarkan dan mungkin dihantar pada September.

Masih tidak jelas lagi perincian projek itu, yang terletak di pulau Rinca. Tahun lalu, pemerintah Indonesia menyatakan ia sedang membina sebuah "pusat pelancongan premium" di pulau itu.

Dalam satu kenyataan berasingan, Wiratno berkata projek itu sebahagian besar merangkumi kerja-kerja naik taraf pada struktur sedia ada dan tidak menimbulkan sebarang bahaya kepada spesis biawak Komodo yang luar biasa itu.

Rima Melani Bilaut dari Forum bagi Sekitaran Indonesia (WALHI), sebuah kumpulan cinta alam, berkata projek itu boleh menjejas masyarakat tempatan serta mengganggu kehidupan semulajadi biawak itu.

"Kami menggesa pemerintah agar membangunkan projek pelancongan yang mengambil kira nasib masyarakat tempatan. Ada orang yang tinggal di sana," katanya.

Pada tahun lalu, pengguna media sosial membandingkan projek itu dengan sebuah pulau dinosaur yang dipaparkan dalam filem "Jurassic Park" setelah gambar seekor biawak berdiri di hadapan sebuah kenderaan besar dikongsi secara meluas di online.

Indonesia mempunyai sekitar 3,100 ekor biawak Komodo, menurut data pemerintah. Biawak Komodo boleh membesar sehingga tiga meter dan mempunyai lidah bercabang berwarna kuning.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan