Skip to main content

Dunia

Projek HSR tidak terjejas meski syarikat Jepun tarik diri: Anthony Loke

Anggaran Waktu Membaca:
Projek HSR tidak terjejas meski syarikat Jepun tarik diri: Anthony Loke

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Jan 2024 04:56PM
KUALA LUMPUR: Projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak terjejas, walaupun firma Jepun menarik diri daripada terbabit dalam pembinaan projek berkenaan, kata Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke.

Beliau berkata, firma negara matahari terbit itu bebas membuat keputusan sama ada untuk menyertai projek berkenaan atau sebaliknya, kerana ia masih di peringkat proses Permintaan Maklumat (RFI). 

"Kalau Jepun tidak berminat masuk tender itu terpulanglah. Kita buat RFI secara terbuka, mengapa kita (Malaysia) harus rasa tertekan? 

“Mungkin dia (Jepun) rasa tidak sesuai dengan model yang kita mahu laksanakan. Jadi, terpulanglah. Banyak pihak lagi bahkan beratus syarikat menyatakan minat," katanya kepada pemberita selepas sidang media di stesen KTM Batu Caves di Kuala Lumpur pada Sabtu (13 Jan).

Encik Loke berkata, proses permintaan untuk maklumat (RFI) akan berakhir Isnin (15 Jan) ini.

Manakala keputusan syarikat-syarikat yang menyatakan hasrat dalam HSR akan diketahui selepas itu, sebelum beralih ke peringkat Proses Permintaan Untuk Cadangan (RFP).

Pada Jumaat (12 Jan) Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaannya akan meneliti kesan penarikan diri firma Jepun daripada projek HSR Kuala Lumpur-Singapura terhadap projek berkenaan.

Ia berikutan laporan agensi berita Jepun, Kyodo News, yang memetik sumber bahawa keputusan syarikat negara itu untuk menarik diri adalah disebabkan ia akan menjadi terlalu berisiko tanpa sokongan kewangan kerajaan Malaysia.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita