Skip to main content

Dunia

Program pakej ekonomi Indonesia diteruskan, diperluas pada 2026

Anggaran Waktu Membaca:
Program pakej ekonomi Indonesia diteruskan, diperluas pada 2026
Haryo Limanseto. (Gambar: Kementerian Koordinator Bidang Perekonomian Republik Indonesia)
Diterbitkan : 13 Jan 2026 10:01PM Dikemas Kini : 13 Jan 2026 10:02PM
JAKARTA: Pemerintah Indonesia akan meneruskan Program Pakej Ekonomi yang diperkenalkan tahun lalu sebagai sebahagian daripada strategi untuk mengekalkan rentak pertumbuhan ekonomi, kuasa beli rakyat dan memperluas penciptaan pekerjaan pada 2026.

Jurucakap Kementerian Koordinator Bidang Perekonomian Republik Indonesia Haryo Limanseto berkata beberapa program utama di bawah pakej tersebut akan diteruskan dan diperluas tahun ini, lapor Agensi Berita ANTARA.

Program berkenaan termasuk latihan praktikal peringkat nasional serta pelarasan tempoh penggunaan dan penerima manfaat insentif Pajak Penghasilan (PPh) 0.5 peratus bagi pembayar cukai perusahaan mikro, kecil dan sederhana sehingga 2029.

Selain itu, pakej ekonomi berkenaan akan diperluas untuk merangkumi diskaun caruman Insurans Kemalangan Kerja dan Insurans Kematian bagi semua peserta Bukan Penerima Gaji.

“Pemerintah kini sedang memuktamadkan pakej ekonomi tersebut,” katanya seperti dilaporkan ANTARA.

Encik Haryo berkata pelaksanaan Program Pakej Ekonomi tahun lalu, yang merangkumi lapan program dipercepatkan, mencatat pencapaian ketara, dengan empat daripadanya akan diteruskan tahun ini.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita