Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Program Makanan Sedunia tarik balik penggantungan operasi di Sudan

Anggaran Waktu Membaca:
BEIRUT: Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan pada Isnin (1 Mei) bahawa ia akan menarik balik penggantungan operasinya di Sudan dengan segera.

Penggantungan itu dilaksanakan setelah kematian beberapa anggotanya.

"WFP sedang menyambung program-program kami dengan segera untuk menyediakan bantuan menyelamatkan nyawa, yang diperlukan ramai orang pada masa ini," kata Pengarah Eksekutif WFP Cindy McCain menerusi catatan Twitter.

WFP menyatakan pada 16 April bahawa ia menggantung semua operasinya di Sudan buat sementara.

Ini selepas tiga kakitangannya dibunuh dalam serangan antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera Pasukan Sokongan Kilat (RSF) sehari sebelum itu.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan