Program makanan percuma Indonesia ditetapkan 10,000 rupiah setiap bahagian: Prabowo
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Jumaat (29 Nov) berkata bahawa program makanan dianggarkan bernilai 10,000 rupiah (S$0.85) bagi setiap bahagian.
Encik Prabowo berkata, pemerintah pada awalnya menganggarkan 15,000 rupiah (S$1.30) bagi setiap bahagian untuk program tersebut, lapor Kompas.
Namun, pemerintah menganggap makanan berkhasiat dengan peruntukan 10,000 rupiah setiap bahagian adalah mencukupi dan mengandungi khasiat yang sesuai untuk dimakan.
Encik Prabowo berkata program makanan berkhasiat percuma itu merupakan salah satu program yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk para pekerja.
Beliau menambah, sebuah keluarga dalam kelompok 1 peratus hingga 10 peratus paling rendah biasanya mempunyai tiga hingga empat anak yang perlu diberi makan.
Oleh itu, melalui program makan berkhasiat percuma tersebut, sebuah keluarga boleh menerima 30,000 rupiah (S$2.50) hingga 40,000 (S$3.40) sehari.
"Ini bermakna setiap keluarga boleh menerima minimum atau purata 30,000 sehari. Jika sebulan, 2.7 juta rupiah (S$230)," kata Encik Prabowo.
Beliau juga menegaskan bahawa pemerintah juga bakal mengagihkan pelbagai bentuk bantuan sosial kepada golongan yang memerlukan, seperti dinukil laporan Kompas.
Sebelum ini, Ketua Badan Gizi Nasional (BGN) Dadan Hindayana mendedahkan anggaran program makanan berkhasiat percuma yang dimasukkan dalam Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara (APBN) adalah 15,000 rupiah bagi setiap bahagian.
Walau bagaimanapun, anggaran itu fleksibel untuk menyesuaikan dengan harga makanan di setiap kawasan.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.