Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Program Makanan Dunia hantar 50,000 tan tepung gandum ke Lubnan

Program Makanan Dunia (WFP) akan menghantar 50,000 tan tepung gandum ke Lubnan setelah letupan dasyat minggu lalu di pelabuhan Beirut memusnahkan satu-satunya simpanan bekalan privet di sana, menurut satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa (11 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Program Makanan Dunia hantar 50,000 tan tepung gandum ke Lubnan

Satu-satunya gudang simpanan gandum di Lubnan musnah ekoran ledakan awal Ogos 2020 di Beirut (Gambar: Reuters/Aziz Taher)

Diterbitkan : 11 Aug 2020 07:50PM Dikemas Kini : 11 Aug 2020 07:55PM

DUBAI: Program Makanan Dunia (WFP) akan menghantar 50,000 tan tepung gandum ke Lubnan setelah letupan dasyat minggu lalu di pelabuhan Beirut memusnahkan satu-satunya simpanan bekalan privet di sana, menurut satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa (11 Ogos).

Laporan Pejabat PBB bagi PenyelarasanEhwal Kemanusiaan (OCHA) menyatakan bekalan tepung itu akan dihantar "untuk memantapkan bekalan negara dan memastikan tidak ada kekurangan makanan di negara tersebut".

Sebuah laporan Reuters pada Jumaat menyatakan bahawa pemerintah Lubnan tidak memiliki simpanan strategik gandum sebelum ledakan itu dan semua stok yang disimpan secara persendirian di satu-satunya gudang gandum di negara itu musnah.

Simpanan tepung sedia ada di Lubnan dianggarkan dapat memenuhi keperluan pasaran selama enam minggu.

"Kiriman awal sebanyak 17,500 tan dijadualkan tiba di Beirut dalam 10 hari akan datang untuk membekalkan kedai-kedai roti selama sebulan," menurut laporan itu.

Lubnan menggunakan antara 35,000 hingga 40,000 tan gandum sebulan.

Tanpa gudang bijirin yang besar untuk menyimpan gandum, langkah menghantar bekalan dalam bentuk tepung lebih berkesan, kata Hesham Hassanein, perunding bijirin serantau yang berpusat di Kaherah.

"Tepung disimpan dalam kampit dan siap diedarkan untuk dibakar menjadi roti berbanding gandum yang perlu digiling," kata Encik Hassanein.

Pihak berkuasa masih menilai kemusnahan yang dialami di pelabuhan akibat letupan minggu lalu. Kebanyakan kegiatan perkapalan dialihkan ke Tripoli, yang hanya memiliki sepertiga kapasiti Beirut.

Laporan PBB itu menyatakan pelabuhan Beirut dijangka tidak dapat beroperasi sekurang-kurangnya sebulan lagi.

"Kemudahan sementara untuk menerima bekalan diperlukan untuk mengimport bijirin bagi memastikan bekalan negara mencukupi," katanya.

Persatuan penggiling tepung Perancis menyatakan bahawa pihaknya juga menghantar 500 tan tepung gandum ke Lubnan sebagai sumbangan dari bekalan mereka.

Penghantaran pertama sebanyak 250 tan meninggalkan pelabuhan Toulon di selatan Perancis pada Ahad menggunakan kapal tentera laut, dengan bakinya bakal dihantar dari Perancis pada Selasa, menurut satu kenyataan persatuan itu.

Sementara itu, persatuan petani gandum Perancis sedang mengadakan rundingan dengan syarikat gandum untuk mengumpulkan 25,000 tan gandum untuk dikirim ke Lubnan, kata presidennya, Eric Thirouin.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan