Program Haji, Umrah dan Ziarah Penjaga 2 Masjid Suci terus hulur khidmat penerangan, bimbingan
Anggaran Waktu Membaca:
Jemaah melakukan tawaf mengelilingi Kaabah di Makkah. (Gambar: BERNAMA)
- Jawatankuasa Syariah Program Haji, Umrah dan Ziarah Penjaga Dua Masjid Suci menyediakan khidmat penerangan dan bimbingan kepada tetamu musim 1448 Hijrah di Madinah.
- Kementerian Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi melaksanakan program ini untuk meningkatkan pemahaman hukum syarak berkaitan ibadah umrah dan ziarah.
- Khidmat termasuk menjawab pertanyaan, memberi penerangan lokasi ziarah, serta ceramah dan bimbingan mengenai tatacara ibadah.
- Pendakwah dan penterjemah terpilih memastikan maklumat disampaikan dengan jelas, memperkaya pengalaman kerohanian tetamu sepanjang berada di Arab Saudi.
MADINAH: Jawatankuasa Syariah Program Haji, Umrah dan Ziarah Penjaga Dua Masjid Suci bagi musim 1448 Hijrah terus menyediakan pelbagai khidmat penerangan dan bimbingan kepada tetamu program berkenaan.
Program itu dilaksanakan oleh Kementerian Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi.
Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan inisiatif berkenaan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman tetamu mengenai hukum syarak berkaitan ibadah umrah dan ziarah, sekali gus membantu mereka melaksanakan ibadah mengikut ajaran Islam.
Antara khidmat yang disediakan ialah menjawab pertanyaan berkaitan hukum syarak, memberikan penerangan mengenai lokasi yang dibenarkan untuk diziarahi di Madinah serta menjelaskan tatacara dan hukum berkaitan ibadah umrah.
Jawatankuasa itu turut mengadakan sesi bimbingan dan ceramah mengenai umrah dan ziarah.
Perkhidmatan itu dikendalikan oleh pendakwah dan penterjemah terpilih bagi memastikan maklumat serta panduan dapat disampaikan dengan jelas dan berkesan dalam bahasa tetamu masing-masing.
Khidmat penerangan dan bimbingan itu merupakan sebahagian daripada program pendidikan dan kebudayaan yang disediakan oleh pihak kementerian kepada tetamu Program Haji, Umrah dan Ziarah Penjaga Dua Masjid Suci.
Program berkenaan turut bertujuan memperkaya pengalaman kerohanian dan pengetahuan tetamu sepanjang berada di Arab Saudi.

Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.