Skip to main content

Dunia

Program bimbingan agama dilancarkan untuk jemaah haji

Anggaran Waktu Membaca:
Program bimbingan agama dilancarkan untuk jemaah haji

(Gambar: SPA)

Diterbitkan : 11 May 2026 10:51PM Dikemas Kini : 11 May 2026 10:54PM
MAKKAH: Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melancarkan program 'Dalalah wa Tibyan' sebagai sebahagian daripada pelan musim hajinya.

Program tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keagamaan dan menyokong pengalaman pendidikan dan rohani jemaah, dengan mengedar buku panduan dan bahan kesedaran dalam beberapa bahasa di Masjidil Haram di Makkah serta kawasan sekitarnya.

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha pihak tersebut untuk membimbing ibadah haji dan adab Islam, di samping mempromosikan kesederhanaan dan keseimbangan, lapor Arab News.

Pihak berkuasa tersebut menyatakan program itu menyokong usaha dakwah pelbagai bahasa, dengan menyediakan kandungan panduan yang membantu jemaah sepanjang menunaikan haji, selaras dengan matlamat Wawasan Arab Saudi 2030 dalam berkhidmat kepada jemaah.

Ia menambah bahawa program tersebut memenuhi keperluan jemaah daripada pelbagai bangsa, dengan menawarkan bimbingan agama dalam beberapa bahasa untuk membantu mereka menunaikan ibadah dengan lebih jelas dan difahami.

Program itu juga menawarkan rujukan agama bercetak yang boleh dibawa dan dirujuk jemaah semasa haji.

Kandungannya merangkumi ibadah, amalan serta tingkah laku sebagai sebahagian daripada khidmat yang ditawarkan pihak berkuasa itu.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita