Skip to main content

Dunia

Prof Diraja Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas meninggal dunia

Tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari, Prof Diraja Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas meninggal dunia pada pukul 6.47 petang pada Ahad (8 Mac).
Anggaran Waktu Membaca:
Prof Diraja Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas meninggal dunia
Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan antara tokoh intelektual Islam paling berpengaruh dalam dunia Islam moden.
Diterbitkan : 08 Mar 2026 11:22PM Dikemas Kini : 08 Mar 2026 11:24PM
KUALA LUMPUR: Tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari, Prof Diraja Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas meninggal dunia pada pukul 6.47 petang pada Ahad (8 Mac).

Allahyarham dijadualkan disolatkan di Masjid al-Taqwa pada pagi Isnin (9 Mac) sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Allahyarham yang dilahirkan pada tahun 1931 di Bogor, Jawa Barat, Indonesia, dikenali sebagai antara tokoh intelektual Islam paling berpengaruh dalam dunia Islam moden.

Sepanjang hayatnya, beliau banyak menyumbang kepada perkembangan pemikiran Islam, khususnya dalam bidang falsafah, sejarah, teologi dan pendidikan.

Allahyarham turut mengasaskan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) yang menjadi pusat penting pengajian pemikiran Islam di peringkat antarabangsa.

Sepanjang kerjaya ilmiahnya, beliau menghasilkan lebih 30 buku dan monograf yang menjadi rujukan penting dalam kajian peradaban dan falsafah Islam.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita