Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Produk solekan hasil keringat pekerja kanak-kanak di India

Industri kosmetik sejagat yang bernilai setengah trilion dolar Amerika kini mendapat perhatian negatif.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Industri kosmetik sejagat yang bernilai setengah trilion dolar Amerika kini mendapat perhatian negatif.

Bahan solekan yang memberi efek kilau dihasilkan daripada bahan galian yang menggunakan pekerja kanak-kanak dalam sekitaran merbahaya.

Mika ialah bahan terpenting yang memberi kesan kilau pada produk-produk solekan dan India antara negara penghasil utama bahan galian itu.

Namun, ia penuh kontroversi kerana sekurang-kurangnya 70 peratus mika dari India digali secara haram.

"Tidak cukup bila satu orang saja dalam keluarga yang mengais mika. Bapa saya sudah meninggal dunia. Jadi saya perlu bantu ibu. Kami mengais tanah untuk mencari mika," kata Karishma Kumari Birhor yang mengais mika untuk menyara hidup.

Jenama tempatan milik anak Melayu, Doll Me Up Cosmetics, sudah berada di pasaran sejak 2008.

Mika merupakan bahan penting dalam produk-produk solekan yang dihasilkan.

"Saya memilih untuk membuat produk kami di Amerika Syarikat sejak 2008 kerana kilang yang menghasilkan produk kosmetik ini memenuhi peraturan FDA," kata Nazlin Hilal, Pengasas Doll Me Up Cosmetics.

"Maka dari situ, saya rasa lebih selamat apabila kita menghasilkan produk di sana. Saya pastikan yang mika ini dihasilkan di tempat yang tiada pekerja kanak-kanak dan di dalam sekitaran yang selamat," tambahnya.

Sebagai seorang pempengaruh, Cik Nazlin juga bertekad mendidik orang ramai menjadi pelanggan yang beretika.

Sumber : BERITA Mediacorp/AL/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan