Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Produk makanan bernilai RM54,400 dirampas di Pulau Pinang; salah guna logo halal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang merampas pelbagai produk makanan bernilai RM54,402.90 (S$17,500) kerana menyalahgunakan penandaan logo halal pada barangan dalam pemeriksaan di sebuah premis di Bukit Tengah, Bukit Mertajam, pada Isnin (24 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang merampas pelbagai produk makanan bernilai RM54,402.90 (S$17,500) kerana menyalahgunakan penandaan logo halal pada barangan dalam pemeriksaan di sebuah premis di Bukit Tengah, Bukit Mertajam, pada Isnin (24 Jan).

Pengarahnya, Mohd Ridzuan Ab Ghapar, berkata hasil aduan orang ramai, KPDNHEP negeri sudah membuat pemeriksaan pada pukul 11.00 pagi di premis yang dipercayai memproses barangan makanan berkenaan. Ia mendapati beberapa barangan di sana menggunakan penandaan logo halal tanpa diperakukan oleh pihak berkuasa.

"Semasa pemeriksaan dijalankan, kami mendapati premis itu mengeluarkan beberapa jenis barangan seperti minyak bijan, minyak biji sawi, air ros (mawar), air lemuju dan kapur yang menggunakan penandaan logo halal tanpa diperakukan oleh pihak berkuasa berwibawa.

"Ekoran itu, KPDNHEP Pulau Pinang telah menyita 4,392 unit minyak bijan, minyak biji sawi (3,192 unit), air ros (mawar) (7,968 unit), air lemuju (2,580 unit) dan 5,916 unit kapur yang kesemuanya bernilai RM54,402.90 kerana menggunakan penandaan logo halal tanpa kebenaran," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kes itu disiasat menurut Akta Perihal Dagangan 2011 dan KPDNHEP Pulau Pinang. Beliau juga memberi amaran kepada peniaga supaya beretika serta tidak menggunakan penandaan halal tanpa diperakui halal oleh pihak berkuasa.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan