Produk buatan Brunei tiba di SG tidak lama lagi; dijual di Mustafa Centre
Anggaran Waktu Membaca:
Mustafa Centre di Syed Alwi Road. (Gambar: Google Street View)
BANDAR SERI BEGAWAN: Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB), melalui Darussalam Enterprise (DARe), mengumumkan eksport pertama produk buatan Brunei ke Mustafa Centre di Singapura, menandakan satu pencapaian dalam mempamerkan kehadiran Brunei yang semakin meningkat di pasaran antarabangsa.
Eksport ke Mustafa Centre itu sudah disatukan ke dalam kontena 20 kaki yang penuh dengan barangan Brunei dan akan ke Singapura pada Selasa (26 Sep) melalui Amann Shipping.
Satu majlis diadakan pada Isnin (25 Sep) di Pelabuhan Muara bagi memperingati pencapaian tersebut.
Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Utama dan Pelancongan (MPRT) dan Ahli Lembaga Pengarah BEDB dan DARe Tutiaty Abdul Wahab, Timbalan Setiausaha Tetap I di MPRT Mohd Yusree Junaidi, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap II MPRT Noralinda Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Pelabuhan Muara Sdn Bhd Zeng Caili dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BEDB dan DARe Daniel Leong, bersama wakil daripada MPRT dan DARe hadir di majlis itu.
Inisiatif eksport itu adalah hasil usaha DARe dan MPRT untuk memudahkan akses produk Brunei, baik yang diproses dan dihasilkan di kilang, ke pasaran antarabangsa.
Akses kepada pasaran asing memerlukan gabungan penyelarasan dasar, promosi produk, dan kesediaan untuk merundingkan harga dan kekerapan pembekalan dengan bakal pengimport.
Sebelum ini, beberapa sesi rundingan dengan Mustafa Centre dipermudahkan oleh DARe, termasuk lawatan ke Mustafa Centre pada April tahun ini dan seminar yang diadakan di Brunei menumpukan kepada eksport ke Singapura daripada perspektif pembeli.
DARe secara serentak menganjurkan sesi mencuba sampel produk, mengetengahkan produk sedia dieksport dan berpotensi untuk dieksport dari Brunei, dan memudahkan rundingan harga antara Mustafa Centre dan bakal pengeksport.
Hasilnya, Mustafa Centre menzahirkan komitmennya untuk membeli produk daripada lima syarikat Brunei: Ghanim International Sdn Bhd, Marimin Sdn Bhd, Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd, Sahamada Corporation Sdn Bhd dan Taurean Bakeshop and Café, mengukuhkan perjanjian untuk mendapatkan produk mereka.

Sumber : Agensi berita/QA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.