Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRN Sarawak: GPS bentuk kerajaan negeri

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 45 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditawarkan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 setakat 8.45 malam ini.

Anggaran Waktu Membaca:

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 45 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditawarkan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 setakat 8.45 malam ini.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata dengan keputusan itu , GPS berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertanding atau majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sini malam ini (18 Dis).

GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Antara kerusi dimenangi GPS ialah DUN Gedong yang ditandingi Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg dan kawasan ditandingi kedua-dua Timbalan Ketua Menteri iaitu Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Amar Douglas Uggah Embas masing-masing di Bukit Sari dan Bukit Saban. 

Selain itu, DUN Batu Kawah yang ditandingi Presiden SUPP Dr Sim Kui Hian, Tanjung Datu (Azizul Annuar Adenan) dan Krian (Friday Belik).

PRN Sarawak kali ini menyaksikan 13 pertandingan tiga penjuru, 33 empat penjuru, 24 lima penjuru, tujuh pertembungan enam penjuru, satu persaingan lapan penjuru dan empat satu lawan satu.

GPS meletakkan 82 calon diikuti Parti Bumi Kenyalang (PBK) (73), Parti Sarawak Bersatu (PSB) (70), PKR (28), DAP (26), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) (15), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) (11), Parti Amanah Negara (Amanah) (lapan), Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) (lima) dan PAS (1).

Tiga puluh calon Bebas turut bertanding pada PRN ini.

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan