PRN SARAWAK: Abang Johari diberi mandat penuh putuskan calon GPS
Abang Johari menyapa para penyokongnya. (Gambar: BERNAMA)
- All component parties of Gabungan Parti Sarawak (GPS) — PBB, SUPP, PRS and PDP — gave their chairman, Abang Johari Tun Openg, the mandate to select candidates for the 13th Sarawak state election.
- The agreement was reached at an earlier GPS meeting and was confirmed by Amar Douglas Uggah Embas after a meeting of PBB’s Supreme Working Council in Kuching on Nov 4.
- Abang Johari announced the dissolution of the Sarawak State Legislative Assembly on Oct 23, with the dissolution taking effect on Oct 26, while the Election Commission will hold a special meeting on Nov 6 to discuss the election dates and arrangements.
- As the Northeast Monsoon is expected to continue until March, the Sarawak State Disaster Management Committee will coordinate weather monitoring with the Election Commission; the date of the 13th Sarawak state election is still unknown.
- Semua parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS)—PBB, SUPP, PRS dan PDP—memberikan mandat kepada pengerusinya, Abang Johari Tun Openg, untuk memilih calon PRN13.
- Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat GPS sebelum ini dan disahkan Amar Douglas Uggah Embas selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB di Kuching pada 4 November.
- Abang Johari mengumumkan pembubaran DUN Sarawak pada 23 Oktober, berkuat kuasa 26 Oktober, manakala SPR akan bermesyuarat khas pada 6 November bagi membincangkan tarikh serta urusan pilihan raya.
- Oleh sebab Monsun Timur Laut dijangka berterusan hingga Mac, JPBN Sarawak akan menyelaras pemantauan cuaca dengan SPR; tarikh PRN13 masih belum diketahui.
KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Tun Openg diberi mandat penuh untuk menentukan calon gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN13).
Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Timbalan Premier Sarawak Amar Douglas Uggah Embas berkata persetujuan itu dicapai oleh semua parti komponen GPS dalam mesyuarat gabungan berkenaan sebelum ini.
“Semua bersetuju dan menyokong pemberian mandat kepada Abang Johari untuk membuat keputusan muktamad dalam pemilihan calon,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB pada Rabu (4 Nov).
Pada 23 Oktober, Abang Johari yang juga Premier Sarawak mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Oktober bagi memberi laluan kepada PRN13.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 Nov ini bagi membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan PRN itu.
GPS dianggotai empat parti komponen iaitu PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
Sementara itu, Encik Uggah ketika mengulas kemungkinan PRN13 diadakan ketika Monsun Timur Laut berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan berhubung dengan SPR bagi tujuan pemantauan dan penyelarasan berdasarkan perkembangan ramalan cuaca terkini.
“Kami sendiri belum tahu bila pilihan raya akan diadakan, namun kami dimaklumkan bahawa musim monsun sudah bermula sehingga Mac tahun depan,” katanya lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.