PRN Sarawak: 82 pusat penamaan calon dibuka serentak pada pukul 9.00 pagi
Tumpuan politik Malaysia pada Sabtu (28 Nov) terarah ke Bumi Kenyalang apabila semua 82 pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, dibuka serentak pada pukul 9.00 pagi.
Hujan membasahi kawasan Pusat Penamaan Calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.52 Dudong di Dewan Komuniti Sibu Jaya pada pagi 28 November 2026 menjelang proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13. (Gambar: Bernama)
- On 28 November, all 82 Nomination Centres for the 13th Sarawak State Election opened simultaneously at 9am, marking the start of the contest for seats in the Sarawak State Legislative Assembly.
- GPS fielded 82 candidates, PBDS 26, DAP and PBK 14 each, PBM three, and there were five independent candidates; at that point, GPS candidates were the only candidates for 37 seats.
- Candidates were given an hour to submit their forms before the official list was announced. Campaigning then ran until 11 December; early voting was scheduled for 8 December and Polling Day for 12 December.
- A total of 2,058,781 electors were eligible to vote, while supporters and the media were present from early on and police controlled the area to ensure proceedings ran smoothly and public order was maintained.
- Pada 28 November, kesemua 82 pusat penamaan calon PRN Sarawak ke-13 dibuka serentak pada 9 pagi, memulakan perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri.
- GPS mengemukakan 82 calon, PBDS 26, DAP dan PBK masing-masing 14, PBM tiga serta lima calon Bebas; 37 kerusi setakat itu hanya mempunyai calon GPS.
- Calon diberi sejam menyerahkan borang sebelum senarai rasmi diumumkan, kemudian kempen berlangsung hingga 11 Disember; pengundian awal ditetapkan pada 8 Disember dan hari mengundi pada 12 Disember.
- Seramai 2,058,781 pengundi layak mengundi, sementara penyokong dan media hadir sejak awal serta polis mengawal kawasan untuk menjaga kelancaran dan ketenteraman.
KUCHING: Tumpuan politik Malaysia pada Sabtu (28 Nov) terarah ke Bumi Kenyalang apabila semua 82 pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, dibuka serentak pada pukul 9.00 pagi.
Perkembangan tersebut menandakan bermulanya secara rasmi gelanggang perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bakal-bakal calon mempunyai tempoh sejam sehingga pukul 10.00 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan masing-masing kepada pegawai pengurus pilihan raya, sebelum senarai rasmi calon yang layak diumumkan.
Mereka terdiri daripada 82 calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), 26 calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), masing-masing 14 calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK), tiga calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta lima calon Bebas.
Daripada jumlah tersebut, 37 kerusi hanya menyaksikan satu pencalonan setakat ini yang kesemuanya melibatkan GPS, manakala 31 kerusi menerima dua pencalonan, 13 kerusi (tiga pencalonan) dan satu kerusi (empat pencalonan).
Sejurus pengisytiharan rasmi selesai, tempoh berkempen selama 14 hari akan bermula hingga pukul 11.59 malam pada 11 Disember.
Hari pengundian ditetapkan pada 12 Disember, dengan pengundian awal pada 8 Disember.
Tinjauan Bernama mendapati kehangatan hari penamaan mula dirasai seawal pukul 7.00 pagi, dengan para penyokong parti yang bertanding membanjiri pekarangan pusat penamaan calon bagi memberikan sokongan kepada calon masing-masing.
Petugas media juga “berkampung” sejak awal pagi bagi memastikan liputan menyeluruh penamaan calon PRN Sarawak.
Bagi memastikan kelancaran proses serta menjamin keselamatan dan ketenteraman awam, anggota polis turut melaksanakan kawalan ketat di sekitar kawasan tumpuan berkenaan.
Keadaan cuaca pada pagi Sabtu di kebanyakan kawasan termasuk Kuching, Serian, Miri dan Samarahan mendung dan hujan renyai. Beberapa tempat lain antaranya Sibu, hujan.
Pilihan raya kali ini menyaksikan 2,058,781 pengundi layak menunaikan tanggungjawab mereka, merangkumi 2,034,373 pengundi biasa, 13,575 anggota tentera bersama pasangan serta 10,833 anggota polis dan pasangan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.