PRN: PM Anwar ramal PH-BN rampas semula Terengganu; PAS yakin kekal berkuasa
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA TERENGGANU: Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim membuat kenyataan yang berani.
Beliau meramalkan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ada peluang merampas semula negeri Terengganu daripada Perikatan Nasional (PN).
Mentelah lagi, buat berdekad lamanya, pertarungan di Terengganu adalah antara parti PAS dengan UMNO.
Namun sembilan bulan lalu dalam Pilihan Raya Umum ke-15, PAS dan rakan gabungan Bersatu di bawah PN mengukuhkan kuasa di negeri itu dengan memenangi kesemua kerusi Dewan Rakyat.
Sebelum dibubarkan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menyaksikan PN mempunyai 22 kerusi dan BN pula baki 10 kerusi.
Kedua-dua pihak sekarang sedang bersiap sedia untuk memastikan kemenangan di negeri Darul Iman dalam PRN pada 12 Ogos nanti.
TERENGGANU DIJANGKA TERUS JADI KUBU KUAT PAS
Keyakinan dalam kalangan pemimpin PN di Terengganu agak teguh sedang mereka menikmati kebangkitan gelombang hijau iaitu satu fenomena yang menggambarkan prestasi cemerlang PAS di pantai timur dalam PRU15.
Pengarah Pilihan Raya PN Terengganu Ariffin Deraman berkata: "Pada saya, sehingga sekarang tiada tanda-tanda kemerosotan momentum itu bahkan lebih baik. Gelombang hijau akan diteruskan kerana kita melihat satu persatu kelemahan kerajaan pusat pada hari ini.
"Sehingga hari ini, pemerintahan kerajaan yang ada, dilihat tidak membantu, khususnya kepada rakyat negeri Terengganu."
Namun, memberi peluang kepada PH-BN yang menerajui kerajaan persekutuan akan membawa manfaat ekonomi terbentang luas.
Ini lebih-lebih lagi Terengganu dikenali sebagai sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi.
PELUANG EKONOMI LUAS TERBENTANG JIKA SELARAS DENGAN KERAJAAN PERPADUAN
Bagi pihak BN pula, pemimpin mapan UMNO Encik Ahmad Said ditugaskan untuk merampas semula negeri Terengganu.
Mantan Menteri Besar Terengganu itu berkata negeri tersebut boleh meraih lebih banyak manfaat jika ia selaras dengan Kerajaan Perpaduan.
"Kita mestilah selaras antara kerajaan di negeri dan pusat. Kalau tidak, timbul masalah dari segi peruntukan, dari segi hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.
"Kita bergantung kepada kerajaan pusat dari bajet dari segi apa semua. Kerajaan negeri bukan banyak sangat duit," ujar Pengerusi BN Terengganu itu.
Namun, Kerajaan Perpaduan juga berdepan dengan cabaran sendiri di peringkat akar umbi iaitu menyatukan para penyokong BN dan PH yang selama berdekad ini menjadi musuh ketat.
Dengan persaingan di Terengganu semakin rancak disaksikan, masih belum jelas lagi pihak mana yang sudah menambat kepercayaan warga negeri berkenaan.

Sumber : CNA/RU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.