Skip to main content

Dunia

PRN: Pentadbir masjid, surau di Selangor digesa perketat kawalan demi elak jadi medan politik

Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Pentadbir masjid dan surau di Selangor diingatkan supaya meningkatkan kawalan dan larangan ditetapkan supaya rumah ibadah itu tidak dijadikan medan berpolitik dan pusat propaganda politik kepartian, menurut Utusan Malaysia.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pihak berkenaan perlu memastikan semua peraturan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dipatuhi sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Menurutnya, pemantauan pihaknya mendapati pentadbir masjid dan surau masih mengambil ringan dengan membenarkan bahan penerbitan berunsur politik disebar di kawasan itu.

“Selain itu, pemerhatian mendapati ada pihak membiarkan tokoh-tokoh politik menggunakan bahan itu bagi tujuan politiknya.

“Ini suatu perbuatan yang jelas melanggar ketetapan MAIS bagi mengekalkan masjid dan surau sebagai zon aman dan bebas elemen serta pengaruh politik kepartian,” katanya dalam kenyataan malam Khamis (13 Jul), lapor Utusan Malaysia.

Menurut Encik Mohd. Shahzihan, tindakan pihak tertentu mengambil kesempatan mengedar terbitan atau bahan bercetak berunsur politik dan berpolitik itu disifatkan perbuatan tidak bertanggungjawab dan turut melanggar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketetapan MAIS berhubung perkara itu juga masih berkuat kuasa, lapor Utusan Malaysia.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita