PRN Negeri Sembilan: Senarai EXCO negeri dimuktamad menjelang Jumaat
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
KUALA PILAH: Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan akan dimuktamadkan selewat-lewatnya menjelang Jumaat (7 Ogos), kata Menteri Besar Ismail Lasim.
Beliau berkata perbincangan akan diadakan dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum senarai berkenaan dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Beliau berkata pertemuan dengan Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi akan diadakan dalam masa terdekat untuk mendapatkan pandangan beliau mengenai senarai EXCO termasuk penglibatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Perikatan Nasional (PN).
“Kita akan cuba selesaikan minggu ini, menjelang hari Jumaat. Kalau sempat, insya-Allah. Kalau ikut Tuanku, baginda lebih suka diselesaikan dalam masa terdekat.
“Kita perlu tubuhkan kerajaan secara bersama dan pastinya kita ada ADUN yang mewakili Barisan Nasional yang bukan sahaja terdiri daripada UMNO, tetapi juga parti komponen kita iaitu MCA dan MIC. Ini semua akan diberikan perhatian dalam pembentukan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya di sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah jawatan pada Ahad
(2 Ogos) .
Awal dari itu, Encik Ismail yang juga ADUN Juasseh mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah.
Mengulas saiz EXCO negeri, Encik Ismail berkata beliau belum memuktamadkan perkara itu tetapi berpendapat jumlah 10 anggota seperti diamalkan sebelum ini adalah paling sesuai untuk pentadbiran negeri.
Beliau berkata pelantikan EXCO kanan dan pembahagian portfolio juga masih belum dibincangkan dan akan dipertimbangkan selepas proses perbincangan dengan kepimpinan parti selesai.
“Penglibatan ADUN daripada Perikatan Nasional dalam senarai EXCO juga akan dibincangkan bersama Presiden (Ahmad Zahid),” katanya.
Ditanya mengenai keutamaan pentadbiran bagi tempoh awal penggal baharu, Encik Ismail berkata kesejahteraan rakyat terus menjadi fokus utama kerajaan negeri.
Katanya sebagai kerajaan yang dipilih rakyat, kesejahteraan mereka menjadi tunjang utama dan fokus jangka panjang pentadbiran kerajaan negeri.
Keputusan PRN Negeri Sembilan pada Sabtu menyaksikan BN berjaya memperoleh 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PN mendapat tujuh kerusi, sekali gus membolehkan dua gabungan itu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.
Sebanyak 36 kerusi DUN dipertandingkan pada PRN kali ini, melibatkan 103 calon.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.