PRN Negeri Sembilan: Rakyat Johor harus ambil iktibar dari pengalaman Negeri Sembilan: Menteri Besar
Anggaran Waktu Membaca:
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Aminuddin Harun. (Gambar: BERNAMA)
BATU PAHAT: Keputusan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan terpaksa diambil selepas berlaku ketidaktentuan politik menyusuli tindakan beberapa rakan sekutu yang menukar pendirian dan menarik sokongan terhadap kerajaan gabungan ketika itu, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Aminuddin Harun.
Beliau yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata perkembangan itu menjejas kestabilan pentadbiran negeri sehingga mendorong kerajaan mengambil keputusan untuk memulangkan semula mandat rakyat melalui pilihan raya.
“Malangnya, sahabat kita ketika itu, mereka tidak sabar. Mereka cuba mengkhianati kita dan mereka tebuk kapal yang kita dalam keadaan yang sedang berlayar dengan baik.
“Kerana kita hari ini melihat sekejap mereka sokong, sekejap mereka tarik...yang akhirnya, kita rasa bahawa perlu kita serahkan mandat ini kepada rakyat semula,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Negeri Johor, yang dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Sabtu (6 Jun) malam.
Turut hadir Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Anthony Loke Siew Fook, Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fahmi Fadzil.
Hadir sama Naib Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Johor Dr Zaliha Mustafa, Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan dan Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching.
Encik Aminuddin berkata pengalaman yang dilalui Negeri Sembilan wajar dijadikan pengajaran oleh rakyat Johor dalam memilih kerajaan yang stabil dan mempunyai komitmen terhadap persefahaman politik yang dipersetujui bersama.
Beliau berkata sesebuah pentadbiran hanya mampu berfungsi dengan baik sekiranya semua pihak berpegang kepada prinsip kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan terhadap mandat yang diberikan rakyat.
“Rakyat Johor harus ingat dan insaf bahawa apa yang berlaku di Negeri Sembilan ini tidak harus berulang di mana-mana.
“Kita tidak mahu dalam keadaan kita menghormati, saling hormat-menghormati, saling beri-memberi, memastikan kelancaran kerajaan negeri berjalan dengan baik, tiba-tiba mereka tebuk kapal yang kita sedia ada,” katanya lagi.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.