PRN Negeri Sembilan: Persiapan pusat mengundi awal berjalan lancar, menurut SPR
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
- SPR Malaysia membuat persiapan akhir bagi pengundian awal PRN Negeri Sembilan ke-16, melibatkan 22,339 anggota tentera dan polis serta pasangan mereka.
- Persiapan termasuk menyusun saluran mengundi, memasang kelengkapan pilihan raya dan semakan akhir di 38 pusat mengundi.
- Pengundian awal dijadualkan pada 28 Julai di beberapa lokasi utama seperti IPD Seremban, IPK Negeri Sembilan dan Kem Segenting, Port Dickson.
- Langkah ini bertujuan memastikan proses pengundian berjalan lancar sebelum hari pengundian utama pada 1 Ogos, dengan 36 kerusi DUN dipertandingkan oleh 103 calon.
SEREMBAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di 38 pusat mengundi pada Selasa (28 Jul), berjalan lancar.
Pengerusi SPR Ramlan Harun berkata segala keperluan dan kelengkapan bagi proses pengundian awal telah disediakan, bagi memastikan urusan pengundian berjalan teratur seperti yang dirancang.
“Alhamdulilah SPR telah bersiap sedia untuk melaksanakan undi awal yang akan berlaku pada hari esok.
“Pengundian awal ini melibatkan sebanyak 16,884 anggota tentera dan pasangan serta 5,455 anggota polis dan pasangan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Tinjauan Bernama di beberapa pusat pengundian awal termasuk di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Kem Segenting, Port Dickson mendapati petugas SPR membuat pelbagai persiapan menjelang proses pengundian awal esok.
Antara persiapan yang dilakukan termasuk menyusun atur saluran mengundi, memasang kelengkapan pilihan raya serta menjalankan semakan akhir bagi memastikan semua keperluan di pusat mengundi telah tersedia.
Kelihatan juga anggota polis dan tentera membantu petugas SPR membuat persiapan di kawasan pengundian mengikut saluran yang ditetapkan.
Sebanyak 22,339 anggota tentera dan polis serta pasangan yang layak akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada PRN Negeri Sembilan ke-16 esok.
Proses pengundian awal akan dibuka serentak pada 8 pagi, manakala waktu penutupan ditetapkan secara berperingkat mengikut lokasi dan jumlah pengundi.
36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dipertandingkan pada PRN kali ini, yang menyaksikan 103 calon layak bertanding.
DUN Negeri Sembilan dibubarkan secara rasmi pada 5 Jun bagi memberi laluan kepada PRN, manakala SPR menetapkan 1 Ogos sebagai hari pengundian.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.