Skip to main content

Dunia

PRN Negeri Sembilan: Pengundian awal lebih 88% petanda positif, kata Ahmad Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi berharap momentum peratusan tinggi mengundi awal melebihi 88 peratus dapat dikekalkan pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.

Anggaran Waktu Membaca:
PRN Negeri Sembilan: Pengundian awal lebih 88% petanda positif, kata Ahmad Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 29 Jul 2026 07:46AM
SEREMBAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi berharap momentum peratusan tinggi mengundi awal melebihi 88 peratus dapat dikekalkan pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu menyifatkan peratusan tinggi tersebut sebagai petanda positif dalam menterjemahkan sistem demokrasi dengan cara terbaik.

"Tahniah saya ucapkan kepada pengundi awal kerana SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) memaklumkan kadar keluar (mengundi) sangat tinggi, melebihi 88 peratus.

"Jika ini dapat diteruskan pada hari pengundian Sabtu ini, ia satu trend yang sangat baik. Mudah-mudahan demokrasi dapat diterjemahkan di Negeri Sembilan ini dengan cara terbaik," kata beliau.

Encik Ahmad Zahid berkata demikian kepada para wartawan selepas majlis perasmian Konvensyen Pekebun Kecil RISDA Zon Tengah di Seremban, pada Selasa (28 Jul).

Secara keseluruhannya, pengundian awal membabitkan seramai 22,339 pengundi dengan 16,467 orang mengundi secara fizikal merangkumi 11,293 tentera dan pasangan mereka serta 5,174 polis dan pasangan masing-masing, manakala selebihnya mengundi secara pos.

PRN Negeri Sembilan menyaksikan 103 calon merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan pengundian bagi 867,151 pengundi biasa ditetapkan pada Sabtu (1 Ogos).
Sumber : Agensi berita/Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita