PRN Negeri Sembilan: Menteri Besar umum cuti peristiwa pada Isnin
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
KUALA PILAH: Kerajaan Negeri Sembilan mengisytiharkan Isnin (3 Ogos) sebagai cuti peristiwa bagi menghargai rakyat Negeri Sembilan serta semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang berakhir pada Sabtu (1 Ogos).
Menteri Besar Ismail Lasim berkata perkara itu telah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
“Alhamdulillah, saya mengucapkan kesyukuran dan merakamkan (menjunjung) kasih kepada Tuanku Muhriz atas perkenan baginda melantik saya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
“Sehubungan dengan itu, Tuanku telah berkenan untuk saya mengumumkan cuti tersebut. Ramai yang masih letih dan sebagainya, jadi esok kita berpeluang untuk bercuti,” katanya pada sidang media pertama selepas selesai upacara mengangkat sumpah jawatan di Kuala Pilah.
Awal dari itu, Encik Ismail, 67, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar di hadapan Tuanku Muhriz di Istana Besar Seri Menanti, selepas mendapat perkenan baginda untuk menerajui pentadbiran kerajaan negeri yang baharu.
Keputusan PRN Negeri Sembilan semalam menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat tujuh kerusi, sekali gus membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.
Sebanyak 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan pada PRN kali ini, melibatkan 103 calon.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.