Skip to main content

Dunia

PRN Negeri Sembilan: Kerajaan persekutuan akan beri dukungan, kerjasama kepada kerajaan baharu N.Sembilan: PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
PRN Negeri Sembilan: Kerajaan persekutuan akan beri dukungan, kerjasama kepada kerajaan baharu N.Sembilan: PM Anwar

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 01 Aug 2026 11:12PM Dikemas Kini : 01 Aug 2026 11:13PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Persekutuan akan terus memberi dukungan dan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu demi kesejahteraan serta kemakmuran negeri dan rakyat keseluruhannya.

Dalam catatan di Facebook, Encik Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 itu.

“Penghargaan juga kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang telah memberikan kepercayaan kepada PH dan Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar selama lapan tahun.

“Alhamdulillah, sepanjang tempoh tersebut, PH telah meninggalkan legasi pentadbiran yang cemerlang berteraskan tatakelola baik, kestabilan serta pembangunan yang memanfaatkan rakyat,” katanya.

Encik Anwar juga berharap legasi tersebut terus diperkukuh demi kemajuan Negeri Sembilan. 

Terdahulu, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan BN dan Perikatan Nasional (PN) akan membentuk Kerajaan Negeri Sembilan selepas gabungan itu memperoleh majoriti dua pertiga berdasarkan keputusan tidak rasmi PRN.

Encik Ahmad Zahid berkata secara tidak rasmi, BN memenangi 18 kerusi manakala PN memperoleh tujuh kerusi, sekali gus memberikan kedua-dua gabungan itu majoriti untuk menerajui pentadbiran negeri.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita