Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRN Melaka: PN tidak boleh tunggu 'pihak sana' buat keputusan sedia kerjasama, kata Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata pihaknya tidak boleh menunggu terlalu lama ‘rakan di sebelah sana’ untuk membuat keputusan sama ada sedia bekerjasama atau tidak semata-mata bagi mengelak pertembungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Anggaran Waktu Membaca:
PRN Melaka: PN tidak boleh tunggu 'pihak sana' buat keputusan sedia kerjasama, kata Muhyiddin

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 21 Oct 2021 10:46PM Dikemas Kini : 21 Oct 2021 10:48PM

MELAKA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata pihaknya tidak boleh menunggu terlalu lama ‘rakan di sebelah sana’ untuk membuat keputusan sama ada sedia bekerjasama atau tidak semata-mata bagi mengelak pertembungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

"Dalam soal urusan siasah sebegini, kita mesti mengatur strategi dan langkah yang tepat. Kita tak boleh menunggu pihak di sana kata kami sudah bersedia.

"Dalam menguruskan negara, mentadbir negeri, pengurusan parti dan sebagainya, saya membuat keputusan berdasarkan keadaan serta situasi dan mengatur strategi. Strategi yang kita atur mestilah strategi yang tepat dan betul untuk membawa kemenangan besar kepada parti kita," katanya ketika berucap di Majlis Makan Tengah Hari PN Melaka di Melaka pada Khamis (21 Okt).

Menurut Encik Muhyiddin, PRN Melaka adalah masa terbaik bagi rakyat negeri itu menguji dan melihat keupayaan serta ketokohan kepimpinan PN untuk membantu mereka mentadbir Melaka.

Encik Muhyiddin sebelum ini dilaporkan berkata PN bersedia menghadapi persaingan tiga penjuru semasa PRN Melaka seandainya tidak ada keputusan yang jelas dan tegas daripada UMNO.

Beliau turut dipetik sebagai berkata ini memandangkan tempoh masa menjelang PRN Melaka semakin singkat namun sehingga kini, tiada sebarang keputusan untuk membentuk kerjasama diumumkan oleh Barisan Nasional (BN).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi pada awal 16 November.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan