Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRN Melaka: PH sudah ada bayangan calon

Pakatan Harapan (PH) Melaka mengakui sudah mempunyai bayangan barisan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya Adly Zahari.

Anggaran Waktu Membaca:
PRN Melaka: PH sudah ada bayangan calon

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 18 Oct 2021 06:59PM Dikemas Kini : 18 Oct 2021 07:04PM

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) Melaka mengakui sudah mempunyai bayangan barisan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya Adly Zahari.

Beliau berkata pada awalnya persiapan berkenaan adalah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) namun pihaknya akan menggunakan persiapan tersebut bagi menghadapi PRN Melaka.

“Disebabkan ia (PRN Melaka) diadakan lebih awal, kita akan muktamadkan (senarai calon). Nanti kita putuskan siapa calonnya. Tunggulah dalam sehari dua ini. Apa yang telah kita putuskan di peringkat negeri, kita akan serahkan ke peringkat seterusnya,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin (18 Okt).

Beliau bagaimanapun menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan PRN Melaka pada 20 Nov adalah satu langkah tergesa-gesa tetapi pihaknya akan bersedia dengan segala kemungkinan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh hari ini mengumumkan tarikh pelaksanaan PRN Melaka pada 20 Nov depan manakala penamaan calon (8 Nov) dan undi awal (16 Nov).

DUN Melaka dibubarkan pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN tersebut adalah Idris Haron (Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas).

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan