Skip to main content

Dunia

PRN Melaka: PH, Bersatu elak pertembungan di 4 kerusi; jadi ujian sama ada Bersatu boleh bantu PH tarik pengundi Melayu

Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula secara rasmi pada Sabtu (31 Okt), dengan kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal dipertandingkan pada 14 November ini.

Anggaran Waktu Membaca:
PRN Melaka: PH, Bersatu elak pertembungan di 4 kerusi; jadi ujian sama ada Bersatu boleh bantu PH tarik pengundi Melayu

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim (kiri), dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhyiddin Yassin. Kedua-dua parti tidak bertembung di empat kerusi dalam PRN Melaka. (Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin)

Diterbitkan : 31 Oct 2026 03:47PM
Melaka state elections: PH and Bersatu avoid clashes in four seats; a test of whether Bersatu can help PH attract Malay electors
  • The Melaka state election campaign began on Oct 31, with voting for 28 seats scheduled for Nov 14. Nearly 690,000 electors were eligible to vote after a 14-day campaign.
  • The Election Commission confirmed that 79 candidates were contesting, including 65 men and 14 women. PH was contesting 24 seats, Bersatu seven, BN 23 and PN five, alongside other parties and independent candidates.
  • PH, led by Anwar Ibrahim, and Bersatu, led by Muhyiddin Yassin, were not contesting against each other in four seats, despite the failure of talks on electoral cooperation and Muhyiddin’s denial that an alliance existed.
  • Analysts viewed the understanding as informal cooperation being tested to assess Malay support for PH and its prospects ahead of the 16th General Election. Whether it continues depends on its performance, while BN won 21 seats in 2021.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula secara rasmi pada Sabtu (31 Okt), dengan kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal dipertandingkan pada 14 November ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan 79 calon akan bertanding selepas proses penamaan calon selesai.

Tumpuan kini terarah kepada Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang mengelakkan pertembungan di empat kerusi DUN.

Empat kerusi tersebut ialah Lendu, Sungai Udang, Pantai Kundor dan Bemban, yang semuanya ditandingi Bersatu tanpa penyertaan calon PH.

Penganalisis memberitahu Mediacorp bahawa langkah itu memberi gambaran kedua-dua pihak mungkin menjalinkan kerjasama tidak rasmi, meskipun belum mengumumkan sebarang pakatan pilihan raya.

Menurut mereka, PRN Melaka juga boleh menjadi medan untuk menilai sama ada Bersatu mampu membantu PH meraih sokongan pengundi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) Malaysia.

Bagaimanapun, Encik Muhyiddin sebelum ini menegaskan bahawa perjanjian Bersatu untuk menyokong kerajaan pimpinan Encik Anwar dalam beberapa undian penting di Parlimen tidak bermakna kedua-dua pihak membentuk pakatan pilihan raya.

Laporan media tempatan pada Jumaat pula menyatakan PH memutuskan untuk bertanding secara bersendirian selepas rundingan mengenai kerjasama PH Plus dengan Bersatu gagal mencapai persetujuan.

Zamil Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Azmi Hassan, menyifatkan perkembangan itu sebagai satu bentuk kerjasama tidak rasmi yang sedang diuji.

Beliau berkata PH masih mahu menilai sama ada Bersatu mampu menarik sokongan pengundi Melayu, manakala kedua-dua pihak sedang meneliti manfaat kerjasama pada masa depan.

Profesor Pengajian Asia di Universiti Tasmania, James Chin, turut berpandangan bahawa wujud persefahaman tidak rasmi antara PH dengan Bersatu.

Namun, beliau berkata kesinambungan kerjasama itu menjelang PRU16 bergantung pada prestasi kedua-dua pihak dalam PRN Melaka.

Dalam pilihan raya kali ini, PH bertanding di 24 kerusi, manakala Bersatu meletakkan calon di tujuh kerusi.

Barisan Nasional (BN) pula bertanding di 23 kerusi menerusi kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), yang bertanding di baki lima kerusi.

Daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, 11 menyaksikan pertembungan dua penjuru, 11 lagi tiga penjuru dan enam kerusi melibatkan pertandingan empat penjuru.

Parti Bersama Malaysia (Bersama) turut bertanding di 16 kerusi, manakala Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) di satu kerusi. Tiga kerusi pula menyaksikan penyertaan calon Bebas.

Daripada 79 calon yang bertanding, 65 ialah lelaki dan 14 wanita, dengan calon termuda berusia 24 tahun dan tertua 66 tahun.

Hampir 690,000 pengundi berdaftar layak mengundi selepas tempoh kempen 14 hari.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi, PH lima kerusi dan PN dua kerusi.

DUN Melaka dibubarkan pada 23 September lalu bagi membuka laluan kepada pilihan raya negeri kali ini.
Sumber : CNA/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita