PRN Melaka: BN terbuka kerjasama dengan mana-mana pihak
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
MELAKA: Barisan Nasional (BN) Melaka terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Malaysia, di bawah formula BN Plus, kata Pengerusinya Ab Rauf Yusoh.
Encik Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata beliau membuka pintu seluas-luasnya untuk mana-mana pihak yang ingin berunding dengan parti tersebut bagi menghadapi PRN kali ini.
"Siapa juga boleh datang berunding, tapi runding tidak semestinya berakhir dengan perjanjian ataupun persetujuan... ia melihat kepada kelebihan masing-masing.
"Jadi kita tak terikat dalam mana-mana satu ikatan yang belum lagi dijadikan secara formal sebagai gabungan muktamad, tetapi saya terbuka kepada semua orang untuk datang berunding dengan saya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada para wartawan di Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat (MeSRa) di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Telok Mas pada Ahad (2 Ogos).
Pada Sabtu (1 Ogos), Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata kejayaan kerjasama antara BN dengan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan Negeri Sembilan dijangka menjadi pemangkin kepada gabungan itu untuk meneruskan momentum kemenangan pada PRN Melaka akan datang.
Encik Ab Rauf turut mengucapkan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Ismail Lasim, atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan baharu.
Beliau berharap Encik Ismail dapat melaksanakan tanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang terbaik sepertimana yang dijanjikan dalam manifesto.
Pada PRN Negeri Sembilan ke-16, Encik Ismail memenangi kerusi DUN Juasseh dengan majoriti 4,091 selepas meraih 6,907 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Aidil Abdullah yang memperoleh 2,816 undi dan Mohd Zuhaimi Md Yusof daripada Bersatu dengan 506 undi.
Pada PRN itu, BN memenangi 18 kerusi DUN, PH dengan 11 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dengan tujuh kerusi.
Kerajaan Negeri Sembilan dibentuk menerusi kerjasama BN dan PN.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.