PRN Melaka: BN akan muktamad kerjasama, logo kempen
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
Melaka state election: BN to finalise cooperation and campaign logo
- BN will finalise its political cooperation and the use of a logo for the Melaka state election this week after holding discussions with the parties concerned as well as UMNO and BN leaders.
- Dr Ahmad Zahid Hamidi said the initial proposals were being assessed together with Melaka UMNO, including respecting the logo choice of coalition parties before a decision is brought to the highest level.
- Ab Rauf Yusoh said negotiations with strategic partners begin on Monday at the World Trade Centre Kuala Lumpur, with the assessment to be made based on the benefits, advantages and disadvantages for BN.
- The Melaka State Legislative Assembly was dissolved on Sep 23 for the 16th state election, while the Election Commission will announce the key dates on Oct 7; in 2021, BN won 21 seats.
- BN akan memuktamadkan kerjasama politik dan penggunaan logo PRN Melaka minggu ini selepas berbincang dengan parti berkaitan serta pimpinan UMNO dan BN.
- Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan awal dinilai bersama UMNO Melaka, termasuk menghormati pilihan logo parti gabungan sebelum keputusan dibawa ke peringkat tertinggi.
- Ab Rauf Yusoh memaklumkan rundingan rakan strategik bermula Isnin di WTCKL, dengan penilaian dibuat berdasarkan manfaat, kelebihan dan kekurangan kepada BN.
- DUN Melaka dibubar pada 23 Sep untuk PRN ke-16, manakala SPR akan umum tarikh penting pada 7 Okt; pada 2021 BN menang 21 kerusi.
KUALA KUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan memuktamadkan bentuk kerjasama politik serta penggunaan logo bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas berbincang dengan pimpinan parti yang berkaitan minggu ini, kata Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden UMNO itu berkata beliau telah mengadakan perbincangan awal dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka bagi menilai beberapa pilihan sebelum cadangan itu dibawa ke peringkat tertinggi parti.
"Pada minggu ini kita akan ada perbincangan dengan beberapa pihak untuk menentukan dengan parti gabungan mana atau parti mana kita akan bertanding. Kita menghormati keputusan yang akan dibuat oleh mereka, logo dan lambang apa yang akan mereka gunakan, kita menyerahkannya kepada mereka.
"Hasil perbincangan itu akan dibawa ke kepimpinan utama UMNO dan Dewan Tertinggi BN untuk kita memuktamadkan bentuk persefahaman atau kerjasama apabila Melaka menjalankan pilihan raya nanti," katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Makkal Sakti Malaysia ke-18 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di Kuala Lumpur pada Ahad (27 Sep) yang turut dihadiri Presiden Makkal Sakti R.S Thannenthiran.
Dr Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan baru-baru ini mengenai kecenderungan Perikatan Nasional (PN) menggunakan logo PAS pada PRN Melaka sekiranya tiada kata sepakat dicapai.
Sementara itu, di Melaka, Pengerusi BN negeri Ab Rauf Yusoh memaklumkan rundingan dengan beberapa parti untuk mencari rakan strategik bagi menghadapi PRN itu akan bermula pada Isnin di WTCKL.
"Esok ada pertemuan (dengan parti politik) dan rumusannya akan diangkat kepada Biro Politik dan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi untuk kita menilai kelebihan, kekurangan, dan segala apa yang memberikan manfaat kepada parti kita," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Festival Masyarakat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Melaka 2026 di Dewan Serbaguna Semabok Dalam pada Ahad (27 Sep).
Dewan Undangan Negeri Melaka dibubar berkuat kuasa 23 Sep lalu bagi memberikan laluan kepada PRN Melaka ke-16.
Suruhanjaya Pilihan Raya dijadual mengumumkan tarikh penamaan calon, hari pengundian awal serta hari pengundian rasmi bagi PRN itu pada 7 Okt ini.
Dalam PRN yang diadakan pada 2021, BN menang 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan manakala Pakatan Harapan (lima kerusi) dan PN (dua kerusi).

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.