PRN: Kerajaan perpaduan sudah muktamadkan pembahagian kerusi di 6 negeri, kata PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
Encik Anwar di mesyuarat bersama para pemimpin Kerajaan Perpaduan. (Gambar: Anwar Ibrahim/Facebook)
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan sudah memuktamadkan pembahagian kerusi di enam negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos.
Perkara ini disahkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut pada lewat Selasa (11 Jul).
“Pembahagian kerusi telah dimuktamadkan di semua negeri, ada satu dan dua negeri sahaja (yang ada persoalan), kita akan bincang dan malam ini selesai," kata Encik Anwar selepas mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu.
“Pengumuman calon (bagi PRN) dalam dua ke tiga hari lagi kita bagi tarikh,” tambahnya.
Turut hadir adalah beberapa pemimpin utama Kerajaan Perpaduan iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Fadillah Yusof dan Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu.
Encik Anwar berkata ‘Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran’ adalah tema yang akan digunakan oleh parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi PRN.
Sungguhpun demikian, setiap negeri yang terlibat dengan PRN boleh membuat slogan tambahan manakala manifesto pilihan raya juga akan ditetapkan oleh pimpinan negeri masing-masing.
“Kita berbincang soal gerak kerja dan strategi dalam menghadapi PRN di enam negeri dan kita berpuas hati. Nampak semangat pendukung setia dapat dilonjakkan dan saya percaya berdasarkan laporan, kita bukan saja boleh bertahan di tiga negeri tapi nampak satu keyakinan untuk menawan beberapa negeri lain,” ulas beliau.
PARA PEMIMPIN SETUJU PERKUKUH KERAJAAN PERPADUAN DEMI RAKYAT
Encik Anwar seterusnya mendedahkan bahawa mesyuarat turut bersetuju agar keutuhan Kerajaan Perpaduan terus diperkukuh supaya dapat memacu pertumbuhan ekonomi selain menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
“Saya sangat terharu dan bangga dengan kenyataan daripada pimpinan menyatakan kesediaan mereka untuk terus memperkukuh dan mengelak desas-desus daripada golongan terdesak menggunakan sentimen perkauman yang sempit atau agama secara melulu serta jumud dan kemudian memberikan gambaran seolah-olah akan ada perubahan (kerajaan)," ujarnya.
“Apa yang disebut di sini yang mewakili majoriti besar Ahli-Ahli Parlimen ialah tetap dengan pengukuhan Kerajaan Perpaduan sehingga selesai dan tamat selama lima tahun."
Perdana Menteri Malaysia itu juga berkata Jelajah Perpaduan MADANI dan pelancaran jentera perpaduan akan diteruskan di Kedah pada 15 Julai diikuti Pulau Pinang (16 Julai), Kelantan (23 Julai), Negeri Sembilan (27 Julai) dan Terengganu (28 Julai).
Mesyuarat pada lewat Selasa (11 Jul) turut disertai Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg, Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Tiong King Sing, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.