PRN Johor: Warga Johor perlukan wakil rakyat bijak & berani, kata PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim. (Gambar: BERNAMA)
JOHOR BAHRU: Rakyat Johor memerlukan pimpinan dan wakil rakyat yang bijak menilai keutamaan, berani membuat keputusan serta benar-benar memahami denyut nadi rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim.
Beliau berkata gabungan itu akan terus membawa suara rakyat, mempertahankan kepentingan negeri dan memacu Johor menjadi lebih maju serta hebat untuk semua.
“Johor Ke Depan. Undi HARAPAN,” kata Encik Anwar menerusi klip video di Facebook rasmi beliau bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Perdana Menteri Malaysia itu turut menyeru jentera PH supaya bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon-calon parti itu pada PRN kali ini.
“Kita nak pilih wakil rakyat dan pimpinan yang mewakili kepentingan rakyat di Johor, rakyat Malaysia, Melayu, Cina, India 'work together' (bekerja bersama), 'build this nation' (bangunkan negara ini), angkat negeri ini menjadi hebat,” katanya.
Encik Anwar memulakan kempen hari pertama PH di Johor dengan menghadiri tujuh program di beberapa kawasan bagi menyantuni rakyat serta memberi sokongan kepada calon-calon gabungan tersebut.
Program berkenaan meliputi sesi pertemuan bersama dengan rakyat, ceramah, ramah mesra dan program bersama dengan masyarakat setempat sebagai usaha memperkukuh sokongan pengundi terhadap PH menjelang hari pengundian.
Pada PRN kali ini, PH meletakkan calon di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkumi 20 calon PKR, 19 calon Amanah dan 17 calon DAP.
Secara keseluruhannya, PRN Johor menyaksikan sebanyak 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Hari mengundi ditetapkan pada 11 Julai, manakala 7 Julai sebagai tarikh pengundian awal.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.