PRN Johor: Undi awal selesai, 62 pusat mengundi ditutup
Anggaran Waktu Membaca:
PRN Johor: Undi awal selesai, 62 pusat mengundi ditutup, 7 Jul 2026. (Gambar: Bernama)
JOHOR BAHRU: Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 membabitkan anggota pasukan keselamatan dan pasangan mereka berakhir hari ini, selepas kesemua 62 pusat mengundi awal ditutup sepenuhnya pada 5.00 petang.
Pusat mengundi yang mula dibuka seawal 8.00 pagi tadi ditutup secara berperingkat mengikut kawasan serta jumlah pemilih berdaftar yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Terdahulu, Pengerusi SPR Ramlan Harun dalam sidang media di Dewan Mahkota, Kem Mahkota di Kluang memaklumkan, sebanyak 29 pusat mengundi awal mula ditutup pada 12.00 tengah hari.
Selain itu, lima pusat mengundi awal ditutup pada 2.00 petang dan baki 28 lagi ditutup pada 5.00 petang.
Pengundian awal hari ini melibatkan 20,607 pengundi yang terdiri daripada 8,544 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta 12,063 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota Pasukan Gerakan (PGA) dengan pasangan masing-masing.
Setakat 3.00 petang, SPR merekodkan sebanyak 19,136 atau 92.86 peratus pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.
SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi pada pengundian awal PRN Johor hari ini ialah 96 peratus.
Semua peti undi awal akan disimpan di balai polis sebelum proses penjumlahan rasmi undi dijalankan pada hari pengundian biasa, Sabtu ini.
PRN Johor kali ini melibatkan sebanyak 2,727,926 pemilih layak mengundi di 1,140 pusat mengundi.
Secara keseluruhan, PRN Johor ke-16 menyaksikan sebanyak 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.