Skip to main content

Dunia

PRN Johor: SPRM terima 3 maklumat rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima tiga maklumat berkaitan kesalahan rasuah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat 8 Julai, termasuk satu laporan yang disalurkan oleh seorang pegawai petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Batu Pahat.

Anggaran Waktu Membaca:
PRN Johor: SPRM terima 3 maklumat rasuah

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abdul Halim Aman bercakap dalam sidang media pada Khamis. (Gambar: Astro AWANI/Shahir Omar)

Diterbitkan : 09 Jul 2026 04:27PM Dikemas Kini : 09 Jul 2026 04:28PM
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima tiga maklumat berkaitan kesalahan rasuah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat 8 Julai, termasuk satu laporan yang disalurkan oleh seorang pegawai petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Batu Pahat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Abdul Halim Aman berkata kesemua maklumat berkenaan sedang disiasat dan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang kesalahan rasuah atau salah guna kuasa tanpa mengira latar belakang individu mahupun parti politik yang terlibat.

"Buat masa ini kita telah menerima tiga maklumat dan semuanya sedang disiasat. Pihak kami tidak berkompromi dan siasatan dijalankan tanpa mengira latar belakang, jawatan atau parti politik,” katanya dalam sidang media pada Khamis (9 Jul).

Beliau memaklumkan SPRM telah membuka lima bilik gerakan PRN di Segamat, Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.

Ia bagi memudahkan orang ramai membuat aduan atau menyalurkan maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang tempoh pilihan raya.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita