PRN Johor: SPR terima 305 aduan kesalahan kempen setakat 2 Jul
Anggaran Waktu Membaca:
- SPR menerima 305 laporan kesalahan kempen sepanjang tempoh PRN Johor ke-16, termasuk pemasangan bahan kempen di kawasan larangan dan halangan lalu lintas.
- PP-KPR telah mengambil tindakan terhadap semua aduan, dengan 56 pasukan ditubuhkan bagi menguatkuasakan undang-undang pilihan raya.
- SPR bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk memastikan kempen terkawal.
- SPR menyeru semua calon dan parti politik mematuhi peraturan demi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar, adil dan berintegriti sehingga hari pengundian pada 11 Julai.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 305 laporan dan aduan membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 setakat Khamis (2 Jul).
SPR dalam kenyataannya pada Jumaat (3 Jul) memaklumkan daripada jumlah itu, 140 kes melibatkan bahan kempen yang dipasang di kawasan larangan pihak berkuasa tempatan manakala 90 kes membabitkan bahan kempen yang menghalang pandangan pengguna jalan raya dan lalu lintas.
Kenyataan itu turut memaklumkan sebanyak 27 kes melibatkan bahan kempen yang berada dalam lingkungan 50 meter dari pusat mengundi manakala bakinya, iaitu 48 kes merangkumi pelbagai kesalahan lain.
"Semua laporan dan aduan yang diterima di bawah bidang kuasa Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) telah diambil tindakan susulan yang sewajarnya," menurut kenyataan itu.
SPR turut memaklumkan bahawa sebanyak 56 PP-KPR ditubuh bagi menguatkuasakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sepanjang tempoh berkempen yang bermula pada hari penamaan calon iaitu 27 Jun lalu hingga 10 Julai.
Menurut kenyataan itu, SPR sentiasa bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi memastikan aktiviti berkempen berjalan dalam keadaan baik dan terkawal.
Sehubungan itu, SPR menyeru semua calon dan parti politik yang bertanding supaya sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tataetika serta arahan yang dikeluarkan oleh suruhanjaya berkenaan dan agensi penguat kuasa lain bagi memastikan proses kempen berjalan lancar.
Suruhajaya itu turut menegaskan komitmennya untuk melaksanakan pilihan raya yang cekap, adil, telus dan berintegriti termasuk sepanjang tempoh berkempen yang akan berakhir pada pukul 11.59 malam 10 Julai ini.
PRN Johor kali ini menyaksikan 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan hari pengundian ditetapkan 11 Julai ini manakala undi awal pada 7 Julai.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.