Skip to main content

Dunia

PRN Johor: PM Anwar rayu beri peluang kepada PH

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, merayu rakyat Johor agar memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk berkhidmat kepada negeri itu, menjelang hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, pada Sabtu (11 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
PRN Johor: PM Anwar rayu beri peluang kepada PH

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH). (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 09 Jul 2026 02:33PM Dikemas Kini : 09 Jul 2026 05:22PM
JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, merayu rakyat Johor agar memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk berkhidmat kepada negeri itu, menjelang hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, pada Sabtu (11 Jul).

Menerusi satu catatan di laman Facebook pada Khamis, Encik Anwar yang juga Pengerusi PH berkata gabungan itu beriltizam untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi mempertahankan kepentingan Johor, sekiranya diberi mandat oleh rakyat.

“Berbaki hanya beberapa hari sebelum rakyat Johor membuat pilihan, saya merayu agar diberikan peluang kepada HARAPAN untuk berkhidmat kepada negeri ini.

“Insya-Allah, kami akan bekerja bersungguh-sungguh, mempertahankan kepentingan Johor dan memastikan kemajuan yang dibawa benar-benar dirasai oleh seluruh rakyat,” kata beliau.

Encik Anwar turut menyeru rakyat Johor supaya pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Sabtu.

Dalam satu catatan berasingan pada Rabu (8 Jul), Encik Anwar sempat memuat naik serangkap pantun bagi mengajak para pengundi pulang mengundi demi masa depan negeri:

“Laksa Johor tiada tandingan,
Warisan nenda dikenang selalu;
Ayuhlah pulang membawa harapan,
Makmurlah negeri bertambah maju.”

PRN Johor ke-16 menyaksikan 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita