Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRN Johor: PKR kecam poster pilihan raya dirosak, gambar Anwar dibakar

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam pihak tidak dikenali kerana membakar gambar presiden parti itu, Anwar Ibrahim yang dipaparkan pada poster piihan raya di kerusi DUN Bukit Batu, Johor, lapor Malaysiakini pada Isnin (7 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam pihak tidak dikenali kerana membakar gambar presiden parti itu, Anwar Ibrahim yang dipaparkan pada poster piihan raya di kerusi DUN Bukit Batu, Johor, lapor Malaysiakini pada Isnin (7 Mac).

Calon PKR Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern berkata tindakan itu mencemarkan kempen pilihan raya negeri Johor.

“Kepada sesiapa yang melakukan provokasi ini, marilah kita bertanding secara sihat dan membolehkan proses demokrasi berjalan dengan aman.

"Rakyat Johor adalah orang yang matang dan mereka tahu membezakan antara yang baik dan yang buruk," kata Chiong dalam satu kenyataan, seperti dinukil Malaysiakini.

Beliau yang berdepan tiga lagi pencabar di Bukit Batu, menggesa penyokongnya supaya tidak bertindak balas.

Pada PRN itu, Chiong dicabar Lee Ming Wen dari Warisan, Tan Heng Choon dari Perikatan Nasional (PN) dan S Suppayah dari Barisan Nasional (BN).

PN juga mendakwa berlaku kerosakan pada poster pilihan raya yang dinaikkan gabungan itu sepanjang minggu lalu.

Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Johor, Muhammad Shamsuddin Paijan berkata, papan iklan turut ditumbangkan di kerusi DUN Tiram dan Buloh Kasap.

Beliau menggesa pihak polis mengambil tindakan segera berhubung kejadian itu.

“Kami mahu supaya pendakwaan dan hukuman turut dilakukan segera dalam tempoh kempen PRN Johor sekarang supaya memberi iktibar kepada semua penyokong mahupun kepemimpinan parti lain,” katanya.

Malaysiakini melaporkan ketua Pemuda Bersatu (Armada) Johor itu juga menyeru semua pihak yang terlibat dalam PRN Johor memastikan persekitaran politik yang bersih, matang dan profesional.

Kempen pilihan raya Johor bermula pada 26 Feb.

Rakyat Johor akan keluar mengundi pada 12 Mac.

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan