Skip to main content

Dunia

PRN Johor: Onn Hafiz pertahankan kerusi DUN Machap

Anggaran Waktu Membaca:
PRN Johor: Onn Hafiz pertahankan kerusi DUN Machap

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 11 Jul 2026 11:04PM
JOHOR BAHRU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Onn Hafiz Ghazi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Onn Hafiz memperolehi 20,382 undi sekali gus menang dengan majoriti 15,375 undi. 

Kemenangan itu menyaksikan beliau menewaskan pencabarnya, Nur Hafiz Roslan daripada Pakatan Harapan dalam pertembungan satu lawan satu. 

Pada PRN Johor 2022, Encik Onn Hafiz yang juga Pengerusi BN Johor, menang dengan majoriti 6,543 undi menewaskan calon Perikatan Nasional Azlisham Azahar, calon MUDA R. Sangaran dan calon PEJUANG Sharuddin Md Salleh.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita