PRN Johor: Lebih 300,000 dijangka balik mengundi, aliran trafik meningkat
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan kepulangan lebih 300,000 pengundi luar bagi menunaikan tanggungjawab mereka, yang akan menyumbang kepada peningkatan aliran trafik di lebuh raya khususnya di Johor sempena hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu (11 Jul).
Pengerusi LLM Hasni Mohammad berkata orang ramai yang bercadang untuk memasuki atau melalui Johor disaran supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di laluan utama menuju ke negeri tersebut.
Beliau berkata bagi memastikan perjalanan yang selamat dan lancar di lebuh raya, kerja-kerja melibatkan penutupan lorong akan ditangguhkan pada hari mengundi kecuali bagi kerja-kerja kecemasan.
"LLM juga menasihatkan pengguna agar merancang perjalanan melalui aplikasi TuJu, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta memastikan baki Touch 'n Go, e-dompet dan kad debit mencukupi.
"Pengguna juga perlu mematuhi had laju dan berhati-hati di kawasan pembinaan lorong ketiga di Lebuhraya Utara-Selatan antara Simpang Renggam hingga Senai (Utara)," katanya dalam kenyataan pada Rabu (8 Jul).
Selain itu, Encik Hasni mengingatkan pengguna lebuh raya supaya mematuhi arahan semasa pengaktifan 'smartlane' dan berhenti rehat di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah yang disediakan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-16 manakala 27 Jun lalu sebagai hari penamaan calon.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.