Skip to main content

Dunia

PRN Johor: Kerajaan pimpinan Onn Hafiz umum esok Hari Cuti Peristiwa Negeri

Kerajaan Negeri mengisytiharkan Isnin (13 Jul) sebagai Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor sebagai penghargaan kepada rakyat yang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Anggaran Waktu Membaca:
PRN Johor: Kerajaan pimpinan Onn Hafiz umum esok Hari Cuti Peristiwa Negeri

Onn Hafiz melambai ke arah pengamal media selepas Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor di Istana Bukit Serene hari ini. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 12 Jul 2026 08:54PM Dikemas Kini : 12 Jul 2026 09:07PM
  • Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan Isnin, 13 Julai sebagai cuti peristiwa bagi menghargai rakyat yang mengundi dalam PRN Johor ke-16.
  • Pengisytiharan ini dibuat dengan perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, selepas kemenangan besar Barisan Nasional.
  • Onn Hafiz Ghazi dilantik sebagai Menteri Besar Johor dan mengangkat sumpah di Istana Bukit Serene pada 12 Julai.
  • Beliau menzahirkan penghargaan kepada Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Ismail serta berjanji menjalankan amanah dengan penuh integriti demi kemajuan negeri.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri mengisytiharkan Isnin (13 Jul) sebagai Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor sebagai penghargaan kepada rakyat yang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi berkata, pengisytiharan itu dibuat atas limpah perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

“Pengisytiharan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang telah menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16,” katanya dalam hantaran di akaun di Facebook pada Ahad (12 Jul).

Dalam pada itu, Onn Hafiz menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas limpah perkenan terhadap pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Johor.

Beliau turut merafak sembah menjunjung kasih kepada Tunku Mahkota Ismail atas kepercayaan yang diberikan untuk terus memikul amanah menerajui pentadbiran negeri.

Encik Onn Hafiz berkata, beliau akan terus melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan penuh taat setia demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat Johor.

"Saya memohon doa agar Allah SWT terus memimpin dan mempermudahkan segala urusan kami. Semoga setiap amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan integriti.

"Semoga setiap keputusan yang dibuat sentiasa mendapat petunjuk dan keredaan-Nya. Insya-Allah," tambahnya.

Petang tadi, Onn Hafiz mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar di hadapan Tunku Mahkota Ismail, di Istana Bukit Serene.

Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor berkenaan menyusul selepas kemenangan besar direkodkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 pada Sabtu (11 Jul).
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita