Skip to main content

Dunia

PRN Johor: Kementerian Dalam Negeri Malaysia akan bantu pekerja di SG untuk balik mengundi

Anggaran Waktu Membaca:
PRN Johor: Kementerian Dalam Negeri Malaysia akan bantu pekerja di SG untuk balik mengundi
Menurut Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail. (Gambar fail: Bernama)
New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 10 Jun 2026 03:51PM
BATU PAHAT: Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia akan membantu rakyat negeri Johor yang bekerja di Singapura agar dapat pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 nanti.

Menteri KDN Saifuddin Nasution Ismail berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada 12 Jun ini, sebelum mengumumkan tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi.

Menurutnya, KDN khususnya Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta agensi berkaitan akan mengambil maklum keputusan itu kerana jika hari mengundi ditetapkan pada hari Sabtu atau Ahad mempunyai kesan berbeza kepada rakyat negeri Johor yang bekerja di Singapura.

“Jika hari Sabtu, ada yang bekerja dan KDN akan melakukan apa sahaja yang boleh membantu serta memudahkan mereka mengambil bahagian dalam proses demokrasi itu nanti,” katanya pada Selasa (9 Jun), seperti dinukil Kosmo! Online.

Ditanya berkaitan calon Pakatan Harapan (PH) dalam PRN Johor ke-16, Encik Saifuddin berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah pun menerima nama calon yang dihantar oleh kepimpinan di peringkat cabang dan negeri.

“Saya percaya DAP dan Amanah juga akan membuat yang sama. Cuma untuk memuktamadkannya itu harus melalui 'Presidential Council'. Tapi oleh kerana Perdana Menteri baru semalam berangkat ke Tokyo tiga hari dan apabila dia balik nanti saya akan dapatkan tarikh yang paling awal untuk keputusan itu bagi memuktamadkan dari segi pengesahan pembahagian kerusi,” katanya.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita