Skip to main content

Dunia

PRN Johor ditetapkan 11 Jul, Negeri Sembilan pada 1 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
PRN Johor ditetapkan 11 Jul, Negeri Sembilan pada 1 Ogos
Menara Suruhanjaya Pilihan Raya di Putrajaya, Malaysia. (Gambar: Bernama)
Diterbitkan : 12 Jun 2026 12:44PM Dikemas Kini : 12 Jun 2026 01:07PM
  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penting PRN Johor dan Negeri Sembilan selepas mesyuarat khas di Putrajaya.
  • Hari pengundian PRN Johor ditetapkan pada 11 Julai, manakala Negeri Sembilan pada 1 Ogos, dengan tarikh penamaan calon dan undi awal turut diumumkan.
  • Pembubaran DUN Johor dan Negeri Sembilan diumumkan oleh Menteri Besar masing-masing selepas mendapat perkenan Sultan dan Yang Dipertuan Besar.
  • Langkah ini diambil bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar selepas pembubaran DUN kedua-dua negeri.
Dijana oleh AI
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai, manakala PRN Negeri Sembilan 1 Ogos depan.

Pengerusi SPR Ramlan Harun berkata tarikh penamaan calon PRN Johor pula ditetapkan pada 27 Jun, manakala bagi Negeri Sembilan pada 18 Julai.

Sementara itu, tarikh pengundian awal PRN Johor pada 7 Julai, manakala bagi Negeri Sembilan ditetapkan 28 Julai.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan serta tarikh-tarikh penting PRN Johor dan Negeri Sembilan di sini, pada Jumaat (12 Jun).

Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media pada akhir mesyuarat SPR yang bermula pada 10 pagi tadi.

Sidang media yang amat ditunggu-tunggu itu turut mengumumkan tarikh penting kedua-dua PRN termasuk tarikh writ pilihan raya, undi awal, dan tempoh berkempen.

Pada 1 Jun lepas, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang mempunyai 56 kerusi, setelah mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Ia disusuli pengumuman Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun pada 4 Jun yang mengumumkan DUN Negeri Sembilan dengan 36 kerusi, dibubarkan pada keesokan harinya setelah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita