PRN Johor bukan medan persaingan politik; wadah lakar hala tuju masa depan: Fahmi Fadzil
Anggaran Waktu Membaca:
Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil. (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan sekadar medan persaingan politik, sebaliknya wadah penting untuk menentukan hala tuju masa depan negeri itu serta kesejahteraan rakyat.
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil berkata mesej itu jelas dizahirkan menerusi pelancaran jentera PH bagi PRN Johor di Batu Pahat pada Sabtu malam (6 Jun) yang disaksikan lebih 5,000 jentera parti dan penduduk tempatan.
Beliau berkata semasa majlis itu Pengerusi PH, yang juga Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa pilihan raya tersebut bukan kehendak beliau, sebaliknya tumpuan utama mestilah kekal terarah kepada usaha dan gerak kerja untuk rakyat.
"Dalam semangat yang sama, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke turut menekankan bahawa pelaksanaan PRN Johor dan Negeri Sembilan secara serentak adalah penting demi memastikan kesinambungan serta kestabilan politik tanah air," katanya menerusi catatannya di laman Facebook.
Encik Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu pula mengingatkan semua pihak mengenai kepentingan keselarasan antara pentadbiran kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.
"Johor mempunyai potensi yang sangat besar. Pembangunan yang dirancang mesti benar-benar membawa manfaat kepada rakyat terbanyak," kata Encik Fahmi.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan pada 1 Jun lalu bagi memberi laluan kepada PRN.
Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 12 Jun ini untuk membincangkan tarikh penting PRN Johor seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon serta hari mengundi.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.