PRN Johor: BN menang di 48 kerusi DUN, PH 8
Barisan Nasional (BN) menang bergaya di 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 kali ini.
Anggaran Waktu Membaca:
- Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar di 48 kerusi DUN Johor, mengatasi pencapaian PRN 2022 dan merampas lapan kerusi daripada PH dan PN.
- Pencapaian MCA dan MIC meningkat, dengan MCA menawan beberapa kerusi DAP dan MIC menang di semua kerusi ditandingi, termasuk merampas kerusi dari PH.
- Pakatan Harapan (PH) hanya menang lapan kerusi, termasuk mempertahan Simpang Jeram melalui AMANAH dan Puteri Wangsa melalui PKR, manakala PN gagal mempertahan semua kerusi yang dimenangi sebelum ini.
- Beberapa calon utama seperti Onn Hafiz Ghazi, Dr Adham Baba dan Sumali Reduan menang bergaya di kawasan masing-masing, menunjukkan penguasaan BN yang kukuh di Johor.
JOHOR BHARU: Barisan Nasional (BN) menang bergaya di 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 kali ini.
Keputusan berdasarkan kiraan undi di semua saluran yang sebahagian besar sudah selesai itu, sekali gus merekodkan pencapaian lebih baik dan cemerlang BN berbanding yang diraih pada PRN Johor Mac 2022.
BN juga menang di sebahagian kerusi DUN dengan majoriti undi lebih besar, selain merampas lapan kerusi DUN yang sebelum ini dimenangi Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 10.50 malam ini (11 Jul), PH terus menguasai dan menang di lapan kerusi DUN.
Hanya satu kerusi DUN iaitu Simpang Jeram menyaksikan PH menang, namun dengan undi majoriti tipis 180 undi, berdasarkan kiraan di 73 saluran mengundi yang sudah pun selesai.
Tujuh kerusi DUN lain yang dimenangi PH ialah DUN Penggaram, Mengkibol, Stulang, Bentayan, Skudai, Puteri Wangsa dan Senai.
PN pula tewas di semua kerusi ditandingi termasuk gagal mempertahan kerusi DUN Bukit Kepong, Maharani dan Endau yang dimenangi mereka pada PRN 2022 lalu.
Pencapaian MCA kali ini lebih baik berbanding PRN terdahulu apabila merampas beberapa kerusi yang sebelum ini dimenangi DAP iaitu di DUN Jementah, Tangkak, Johor Jaya dan Stulang.
Selain mengekalkan penguasaan di kerusi DUN Yong Peng, Pekan Nanas, Paloh dan Bekok.
Pencapaian MIC kali ini juga memberangsangkan, menang di semua kerusi ditandinginya, termasuk membuat kejutan menang tipis dengan hanya lebih 100 undi di DUN yang sebelum ini dimenangani PH iaitu Bukit Batu.
Selain itu, MIC turut menang di DUN Kemelah, Kahang selain Perling, yang dirampas daripada PH.
Menepati ramalan, Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi menang bergaya apabila meraih majoriti undi lebih besar di DUN Machap. Kemenangan sama turut diraih mantan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba di DUN Pasir Raja.
Penampilan sulung Setiausaha Kerja UMNO, Sumali Reduan di DUN Benut, menyaksikan kemenangan bergayanya dalam saingan dua penjuru di sana.
Kerusi itu sebelum ini dimenangi bekas Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dengan majoriti 5,859 undi.
BN menerusi calonnya, Mohd Hairi Mad Shah juga menang bergaya di DUN Larkin, antara kerusi sengit dalam saingan PRN kali ini, menewaskan calon PH yang juga Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiyat.
DUN Endau yang menyaksikan penampilan sekali lagi Alwiyah Talib, namun kali ini atas tiket BN berbanding PN pada dua PRN lalu, turut menang sekali gus kekal wakil rakyat di kawasan itu untuk penggal ketiganya.
Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar dan bekas Speaker Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon yang masing-masing mewakili PH dan PN tewas dalam saingan tiga penjuru di DUN Senggarang.
Sandaran PN untuk mempertahankan DUN Bukit Kepong yang diwakili mantan Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal juga gagal apabila kerusi itu kini dirampas BN menerusi calonnya, Ahmad Syar'e Yusof.
PAS juga gagal mempertahan kerusi DUN Maharani dimenangi mereka pada PRN Johor 2022.
Sementara itu, parti AMANAH menang sekali gus berjaya mempertahan satu-satunya kerusi mereka di DUN Simpang Jeram, menerusi wakilnya Nazri Abd Rahman.
Mengiringi AMANAH, PKR yang turut menang di kerusi DUN Puteri Wangsa yang sebelum ini dimenangi MUDA, selain gagal mempertahan DUN Bukit Batu yang dimenangi mereka sebelum ini.

Sumber : Agensi berita/AA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.