PRN Johor: BERSATU sedia lawan PAS jika musyawarah gagal
Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu berasa dukacita apabila sehingga ke hari ini kepimpinan parti itu tidak dipanggil untuk sebarang mesyuarat termasuk melibatkan persiapan berdepan PRN Johor dan Negeri Sembilan. (Gambar: Bernama)
Perkara itu disahkan Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya pada Selasa (16 Jun) malam.
Tambah Encik Muhyiddin, BERSATU berasa dukacita apabila sehingga ke hari ini kepimpinan parti itu tidak dipanggil untuk sebarang mesyuarat termasuk melibatkan persiapan berdepan PRN Johor dan Negeri Sembilan.
Selaku Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional, beliau dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Perikatan Nasional (PN) dari kalangan pemimpin BERSATU menyatakan tidak menerima surat undangan untuk sebarang mesyuarat mengenai gerak kerja PN dalam berdepan pilihan raya.
"Sewajarnya Pengerusi PN Mohd Samsuri Mokhtar memanggil mesyuarat parti-parti dalam PN untuk berbincang kerana apa yang berlaku sekrang sangat kritikal lebih-lebih lagi perkembangan politik semasa yang memberi kesan kepada PN dan kedudukan parti-parti dalamnya.
"Dan apakah kalau tidak ada keputusannya siapa yang akan bertanding (terbuka).. 'Free For All'. Itu bahaya kalau 'free for all'... bertembung. Tetapi kalau itulah keputusannya, kita akan bertembung sesama kita. Sebab itu wajar bagi pandangan saya untuk Pengerusi PN memanggil mesyuarat (dengan) segera," katanya ketika sidang media, seperti dipetik Astro Awani.
Sebelum ini, Encik Ahmad Samsuri menyatakan, status BERSATU dalam PN akan ditentukan dalam mesyuarat akan datang.
Pada Sabtu, PAS mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan BERSATU.
Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan bagi membincangkan hala tuju parti dalam mendepani fasa politik baharu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.