PRN Johor: Anwar umum 56 calon PH
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim mengumumkan senarai calon gabungan itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 semasa Majlis Pengumuman Calon PH di Padang Bukit Gambir Extreme Park. (Gambar: BERNAMA)
Pengumuman yang dibuat semasa Majlis Pengumuman Calon PH di Padang Bukit Gambir Extreme Park turut disaksikan barisan kepimpinan tertinggi serta ribuan penyokong gabungan berkenaan.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Anthony Loke dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Senarai calon yang diumumkan menampilkan gabungan muka baharu dan pemimpin berpengalaman daripada parti komponen PH, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Amanah.
Dalam ucapannya, Encik Anwar yang juga Presiden PKR berkata proses pemilihan calon bukan sesuatu yang mudah memandangkan lebih 1,000 individu dikenal pasti layak untuk diketengahkan, namun hanya 56 calon dapat dipilih untuk mewakili gabungan itu.
“Saya minta semua bekerja kuat,” kata beliau.
Calon PH bagi PRN Johor adalah seperti berikut:
N.01: Buloh Kasap - Noraziah Mohd Razit
N.02: Jementah - Ng Kor Sim
N.03: Pemanis - Jalex Lee En Xiang
N.04: Kemelah - Mohd Afif Abd Hamid
N.05: Tenang - Elia Nadira Sabudin
N.06: Bekok - Tay Yok Jiuen
N.07: Bukit Kepong - C. Subramani
N.08: Bukit Pasir - Muhd Najib Lep
N.09: Gambir - Mohd Nor Mohd Yusof
N.10: Tangkak - Ee Chin Li
N.11: Serom - Ahmad Nazari Abd Hamid
N.12: Bentayan - Ng Yak Howe
N.13: Simpang Jeram - Nazri Abd Rahman
N.14: Bukit Naning - Md Ysahrudin Kusni
N.15: Maharani - Muhammad Taqiuddin
N.16: Sungai Balang - Ayna Soraya Badaruddin
N.17: Semerah - Mohd Khuzzan Abu Bakar
N.18: Sri Medan - Cikgu Hishamuddin
N.19: Yong Peng - Yong Hui Yi
N.20: Semarang - Ramli Abd Hamid
N.21: Parit Yaani - Md Ezam Md Taslim
N.22: Parit Raja - Shazwan Dzainal Abidin
N.23: Penggaram - Felicia Poh Rui Ling
N.24: Senggarang - Onn Abu Bakar
N.25: Rengit - Mohamad Yazid Bakri
N.26: Machap - Nor Hafiz Roslan
N.27: Layang-Layang - Guna Balakrishnan
N.28: Mengkibol - Chu Poh Yee
N.29: Mahkota - Ahmad Zuhan Md Zain
N.30: Paloh - Dr Ruben Arumungum
N.31: Kahang - Mohd Sabri Abd Kadir
N.32: Endau - Saiful Nizam Samad
N.33: Tenggaroh - Md Yusof Dawam
N.34: Panti - Ahmad Daniel Sharudin
N.35: Pasir Raja - Mohd Fakharuddin Moslim
N.36: Sedili - Amirul Husni Onn
N.37: Johor Lama - Danish Hossman Abd Rahman
N.38: Penawar - Mohd Sawaludin Salleh
N.39: Tanjung Surat - Faizul Abdul Ghani
N.40: Tiram - Nor Zulaila Abd Ghani
N.41: Puteri Wangsa - Maszlee Malik
N.42: Johor Jaya - Lee Wern Yiing
N.43: Permas - Teo Siew Hui
N.44: Larkin - Suhaizan Kaiat
N.45: Stulang - Cheng Kah Eng
N.46: Perling - Alan Tee Boon Tsong
N.47: Kempas - Muhammad Faezuddin Mohd Puad
N.48: Skudai - Kartiyaini Jeyapalan
N.49: Kota Iskandar - Dzulkefly Ahmad
N.50: Bukit Permai - Mohamad Shafwan Ani
N.51: Bukit Batu - Chiong Sen Sern
N.52: Senai - Wong Bor Yang
N.53: Benut - Abd Razak Ismail
N.54: Pulai Sebatang - Haniff @ Ghazali Hosman
N.55: Pekas Nanas - Yeo Tung Siong
N.56: Kukup - Cheah Chee Hong
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.